ATLET Nigeria, Tobi Amusan mencatat rekod dunia baharu dalam acara 100 meter (m) lari berpagar wanita pada penutup Kejohanan Olahraga Dunia dengan catatan masa 12.12 saat.

Pada separuh akhir di Hayward Field, Universiti Oregon, Amerika Syarikat (AS) Amusan menghadiahkan catatan masa yang luar biasa melenyapkan rekod runia 12.20 saat  dipegang oleh Kendra Harrison dari AS pada Julai 2016.

“Saya mahu keluar dan pergi lakukan apa yang perlu,” katanya.

Baca juga: ‘Sportmanship world class’ Atlet paralimpik Greece dapat pujian ramai bantu Latif Romly

Baca juga: Atlet Olimpik Uganda sengaja hilangkan diri, rupanya taktik nak…

Kredit foto: Olympics.com

Walaupun ia cukup menakjubkan, misi Amusan belum selesai. Beliau menambah baik rekod dunia yang dicatatnya sendiri pada peringkat akhir dengan catatan masa 12.06 saat.

Bagaimanapun catatan masa tersebut diputuskan tidak layak oleh juri kerana kelajuan angin melebihi had (12 meter per saat).

Terharu dengan pencapaiannya, Amusan menitiskan air mata ketika lagu kebangsaan Nigeria dikumandangkan semasa upacara penyampaian pingat.

Merendah diri dan sederhana, berikut lima info mengenai Amusan yang mampu menyuntik inspirasi kepada wanita lain;

1- Amusan atau nama sebenarnya Oluwatobiloba Ayomide Tobi Amusan dilahirkan pada 23 April 1997 di Ijebu-Ode, Ogun, yang terletak di barat daya Nigeria.

2-Ratu trek itu bertubuh kecil molek. Beliau mempunyai ketinggian 1.56m dan seberat 57 kilogram.

 

3-Amusan menunjukkan potensi dalam bidang kesukanan sejak kecil. Pernah bermain bola sepak semasa sekolah menengah, bakat dalam acara trek Amusan berjaya ‘dihidu’ susulan aksinya yang sering berlari pantas di gelaggang.

4- Tidak lama selepas bakatnya dikembangkan, Amusan memenangi pingat perak pada Kejohanan Remaja Afrika 2013. Wanita berusia 25 tahun itu juga meraih emas dalam acara 100 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga Remaja Afrika 2015 di Addis Ababa, Ethiopia.

5-Pada tahun 2015, Amusan membuat penampilan sulung pada Sukan Afrika ketika ketika berusia lapan belas tahun. Beliau memenangi pingat emas bagi acara 100 meter lari berpagar.

6-Kejuaraan demi kejuaraan, pelajaran tetap nombor satu. Amusan melanjutkan pelajaran peringat ijazah di Universiti Texas di El Paso, AS pada tahun 2016. Di sana Amusan menjadi salah seorang atlet mewakili universiti itu bagi sukan antara universiti, C-USA. Amusan merangkul emas bagi acara 100m lari berpagar dan pecut 200m. Selain itu, Amusan meraih perak dalam acara lompat jauh.

Baca juga: Dulu gelandangan bawah jambatan, kini jadi model terkenal

Iklan

Baca juga: Azizulhasni kini bergelar Datuk. 5 fakta menarik The Pocket Rocketman

7-Amusan seterusnya memenangi emas pada Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Afrika 2018 bagi acara yang sama.

8- Pada tahun 2021, Amusan bertanding Diamond League Trophy di Zurich dengan catatan masa 12.42 saat sekali gus menjadi warga Nigeria pertama yang memenangi trofi berprestij itu.

9-“Saya percaya pada kemampuan saya, tetapi saya tidak pernah mengharapkan rekod dunia,” titip Amusan merendah diri dalam kemas kini laman sosial Facebook.

10- Sebagai imbalan atas kerja keras dan rekod baru dicapainya, Amusan menerima cek bonus bernilai USD$100,000 (RM445,350).

Hebatnya Tobi Amusan, tidak pernah berputus asa dalam memburu kejuaraan di trek.

Iklan

Kecederaan patella fasciitis yang dialaminya sejak awal musim ini tidak mematahkan semangat.

Biarpun berhadapan kesakitan, Amusan berusaha memberikan yang terbaik. Semoga kisah ini memberikan inspirasi!

Baca juga: “Memori terindah”, Pandelela akui janggal bergelar datuk

Sumber: The Guardian, Al-Jazeera, Indian Express, UTEP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.