SETIAP kali tibanya ramadan, kita pasti tertunggu-tunggu tibanya waktu berbuka puasa.

Tidak kira tua atau muda, waktu berbuka menjadi masa yang paling gembira.

Kita dapat berkumpul bersama keluarga dan menikmati juadah yang enak selepas seharian berpuasa.

 

Bagi rakyat Pahang, berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 menjadi tradisi setiap tahun. Malah, Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri kita juga tidak ketinggalan untuk berbuka puasa di padang tersebut bersama rakyat yang lain.

Tidak hanya di Pahang, aktiviti berbuka puasa di padang turut ada di negeri lain. Antaranya ialah Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan Dataran Shahbandar, Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu.

Namun, sejak hadirnya COVID-19 yang melanda negara setahun yang lalu, semua itu hanyalah tinggal kenangan.

Bagi mengekang penularan wabak ini, kerajaan Pahang tidak membenarkan rakyatnya untuk meneruskan tradisi berbuka puasa di padang sepanjang Ramadan tahun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda, sebarang aktiviti berbuka puasa di padang MBK 1 tidak dibenarkan.

Peniaga-peniaga di bazar Ramadan juga dinasihatkan untuk sentiasa menjaga SOP iaitu sentiasa memakai pelitup muka, penjarakan fizikal satu meter, pemeriksaan suhu dan kebersihan kedai.

Iklan

Kita semua sedia maklum bahawa padang MBK 1 menjadi tumpuan semua orang untuk berpuasa puasa secara santai tidak hanya rakyat Pahang tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu, keputusan tidak membenarkan aktiviti berbuka puasa di padang adalah untuk kepentingan bersama.

Jadilah rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini. #kitajagakita

Iklan

Baca juga Kerabu sare, menu ditunggu-tunggu ketika berbuka puasa di Pantai Timur 

Foto: Sumber Internet