Abdullah sudah tahu ahli keluarga maut, aksi dua beradik lihat foto arwah ibu buat ramai sebak

AWAL September lalu, kita digemparkan dengan satu berita yang menyayat hati berlakunya satu kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan yang telah meragut nyawa enam sekeluarga.

Satu-satunya mangsa yang terselamat adalah Abdullah Amir Ruddin iaitu anak daripada keluarga tersebut.

Namun berita kematian ahli keluarga tersebut dirahsiakan kepada Abdullah kerana keadaannya masih tidak stabil.

Namun setelah lebih daripada sebulan ia berlalu, difahamkan Abdullah sudah pun mengetahui hal sebenar, perkara itu dikongsikan oleh ahli keluarganya sendiri menerusi TikTok semalam.

Baca juga ‘Jangan ALLAH tarik nikmat keluarga.’ Kecewa video disalah guna, Abdul Rahman padam semua hantaran TikTok

Lebih menyedihkan lagi, Abdullah ada buat satu permintaan untuk melihat gambar jenazah ibunya.

Setelah ditunjukkan gambar oleh abangnya Abdul Rahman, ahli keluarga lain dilihat tidak dapat menahan air mata sementara Abdullah atau lebih mesra disapa Dollah hanya ketawa.

Pun begitu, tidak disangkakan bahawa ketawa Dollah itu adalah satu cara untuk dia menahan rasa perit kerana mata Dollah sudah mula berkaca sebelum melepaskan tangisannya.

Melihat keadaan itu, ramai warga maya turut menangis apabila melihat reaksi dua beradik tersebut.

Baca juga ‘Dah mula makan bubur, doakan baby doll cepat sembuh ye’, Abdul Rahman kongsi keadaan adik

Rata-ratanya menghujani ruangan komen dengan mendoakan kekuatan buat kedua-dua beradik berkenaan.

Ujar mereka;

Iklan

“Allahurabbi anak… tak terucap tengok kamu berdua. Abang Rahman yang sangat kuat dan tabah, Dollah pon sama ketawa tapi air mata dia.”

“Bukan Dollah dan Aman jer nangis dengan kita-kita sekali yang tengok ni pun menangis. Moga mereka berdua diberikan kekuatan.”

“Ya ALLAH sakitnya tawa dalam tangis macam ni… hanya ALLAH yang tahu…”

Tragedi memilukan itu meragut nyawa pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43.

Empat lagi anak pasangan itu, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban.

Iklan

Mereka sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.

Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!