‘TERPALING sedih buat ayat puitis seolah-olah dia yang hilang keluarga. Jangan sampai ALLAH tarik nikmat keluarga, baru faham nanti,’ kongsi Abdul Rahman Amir Ruddin selepas video laman sosial TikToknya di salah guna oleh pihak bertanggungjawab.

Pemuda berusia 19 tahun itu adalah anak sulung kepada pasangan Noorahimah Noor Muhamad, 43, bapa, Amir Ruddin Ismail, 46.

Ibu bapanya telah meninggal dunia bersama empat adik-beradiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 yang telah meninggal dunia dalam kemalangan menyayat hati di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Baca juga Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah

Baca juga Niat melawat tercapai, Tizz Zaqyah syukur jumpa Abdul Rahman

Kini, Abdul Rahman hanya memiliki satu-satunya adik yang masih hidup iaitu Abdullah, 15.

Abang yang penyayang itu sering berkongsi perkembangan terbaru Abdullah di TikTok namun tidak menyangka ia  dipergunakan oleh pihak lain.

Tinjauan SinarPlus mendapati semua video yang dikongsikan terdahulu telah dipadamkan.

“Nak sangat buat content sampah pakai nama orang dan gambar orang lain. Macam tiada benda lain yang bermanfaat hendak buat ke?”

“Ingat ya, salah dengan Tuhan boleh minta maaf tetapi kalau salah dengan manusia, faham-fahamlah,”luahnya.

 

Kredit foto: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat

 

Baca juga Adik kini boleh bernafas sendiri, kondisi makin baik, Abdul Rahman berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia

Warga maya mencadangkan pemuda itu mempertingkatkan keselamatan dengan mengubah tetapan agar videonya tidak dimuat turun.

Malah, ada juga yang terus memberikan sokongan agar anak muda itu terus kuat.

– “Rahman boleh setting supaya orang tak boleh download video kita, so lebih secure sedikit.”

– “Semoga lebih kuat adik Rahman. Kami sentiasa ada untuk awak.”

– “Stay strong Abdul Rahman. Ramai sayangkan adik dan ingin terus berada bersama denganmu.”

Iklan

Sebelum ini, anak sulung enam bersaudara itu berkongsi perkembangan adiknya, Abdullah.

Sudah mampu menikmati sajian ayam goreng dan bertutur, remaja yang terselamat dalam kemalangan maut enam sekeluarga menyentuh hati warga maya.

Dalam perkembangan terkini, satu-satunya mangsa terselamat, Abdullah Amir Ruddin, 15, semakin menunjukkan perkembangan positif.

Malah, lebih menggembirakan ialah Abdullah sudah mampu bertutur semula.

Tidak hanya itu, Abdullah juga berkongsi hasil janji temu dengan doktor yang merawat adiknya dan kesihatan remaja itu beransur pulih.

Iklan

Abdullah sebelum ini dilaporkan kritikal sejak hari kemalangan, namun menunjukkan perkembangan positif sepanjang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Abdul Rahman juga turut meminta adiknya yang sebelum ini menuntut di Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Bukit Gambir memohon doa orang ramai supaya kesihatannya kembali pulih dan mampu meneruskan hafalan al-Quran.

Sumber: TikTok @rahmanlahhhhhhh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!