BARU-BARU ini tular di media sosial apabila penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dilihat berbelanja mewah menerusi pembelian kereta baharu sempena hari raya berjenama Porsche Cayman 987 yang dikongsi di laman Instagram miliknya.

Pelbagai andaian dan pandangan orang ramai terhadap posting tersebut  dan Safawi sendiri mendakwa kereta yang dibeli itu akan menjadi sumber inpirasinya untuk terus mengekalkan prestasi dan mempamerkan aksi terbaik di atas padang pada masa akan datang.

Tahniah Safawi!

Namun, terbaharu tular pula tindakan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu menghadiahkan sebuah set console Sony Playsatiton 4 (PS4) kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Danish Izzudin.

Ternyata sifat pemurah tonggak Harimau Malaya Safawi itu cukup diketahui umum apabila sering menghulurkan bantuan dan keringat membantu golongan memerlukan sebelum ini.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh portal akhbar tempatan, walaupun usia masih kecil, Danish cekal berniaga jus mangga bagi memenuhi impiannya untuk membeli PS4.

Insiden itu sekali gus mendapat perhatian warganet sehingga tular sebelum diketahui pemain JDT itu.

Safawi berkata, dia memahami keperitan dan kesusahan yang dilalui Danish dalam usaha mengumpul wang bagi membeli barangan yang dihajati.

“Jika dahulu mahu beli barangan yang dihajati perlu mengumpul wang sendiri kerana keluarga perlu mendahulukan perkara yang penting.

Iklan

“Sekarang ini rezeki sudah murah sebagai pemain bola sepak dan tidak salah berkongsi dengan Danish yang inginkan PS4,” katanya.

Sebelum ini, Safawi menubuhkan pasukan untuk mengagihkan bantuan berupa barangan keperluan kepada golongan memerlukan di sekitar Johor dan kampung halamannya.

Iklan

Sementara itu, Danish yang terkejut selepas mendengar beritan gembira itu cukup bersyukur apabila pemain idolanya sanggup menghadiahkan PS4 ketika dia berhempas pulas mengumpul wang untuk membeli konsul terbabit.

Dilaporkan, Safawi sendiri akan menyampaikan menghadiahkan berupa set PS4 berkenaan kepada Danish sekali gus sudah tentu memberikan pengertian lebih bermakna buat adik bertuah itu.

Batul lah kata pepatah melayu, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Tahniah buat adik Danish!