Agong, Permaisuri zahir takziah pemergian V. Krishnasamy

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain bola sepak negara, V. Krishnasamy yang meninggal dunia semalam.

A

Bekas atlet Olimpik dan pemain bola sepak negara, V. Krishnasamy dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang semalam selepas sekian lama menghidap diabetes. Krishnasamy, 72, dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat.

Kematian Krishnasamy, atlet pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, disifatkan sebagai kehilangan besar bagi sukan bola sepak tanah air.

Dalam kenyataan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian legenda bola sepak kebangsaan itu yang pernah menyinari persada sukan tersebut pada era 70-an, serta berharap seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat dan bakti mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara. Jasa dan pengorbanan mendiang akan terus dikenang,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut hantaran itu, mendiang mewakili Malaysia sebagai pemain tengah dari 1970 hingga 1976 dan merupakan anggota skuad Olimpik 1972 di Munich.

Krishnasamy yang pernah mewakili Pulau Pinang dan Perak serta Jabatan Penjara Malaysia, pernah digelar ‘Iron Man’ susulan kepantasannya kembali beraksi selepas setiap kali mengalami kecederaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca