YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan bangga dengan kejayaan atlet olahraga negara, Shereen Vallabouy yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan tahniah kepada Shereen atas kejayaan beliau memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter (m) di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Divisyen II National Collegiate Athletic Association (NCCA), Amerika Syarikat pada 12 Mac lalu.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang ini menjadi suntikan semangat kepada beliau dan para atlet kebangsaan lain untuk terus bekerja keras mencapai kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di kejohanan-kejohanan mendatang.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Shereen dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” menurut perkongsian itu.

Shereen meraih emas selepas melakukan larian dengan catatan masa 53.79 saat (s) dan lebih manis lagi kejayaan itu turut memadam rekod kebangsaan berusia 16 tahun milik Noraseela Mohd Khalid dengan catatan 54.58s bagi acara 400m dalam dewan.

Baca juga Tahniah! Atlet paralimpik Latif Romly terima gelaran Datuk

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan Shereen Vallabouy
Gambar fail Shereen (tengah) memenangi emas acara 400m pada Sukma 2018 di Perak.

Dalam masa sama, dia turut memecahkan rekod 12 tahun bagi Northern Sun Intercollegiate Conference.

Shereen yang juga anak kepada bekas atlet negara Samson Vallabuoy dan Josephine Mary, kini menuntut di Winona State University, Minnesota dalam bidang rekreasi dan pelancongan.

Baca juga #DemiMalaysia: Peminat gembira BAM restu Lee Zii Jia, tiada lagi penggantungan 2 tahun

Iklan

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengucapkan tahniah kepada Shereen yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400 meter di kejohanan berkenaan.

Dalam ciapan di Twitter, Ahmad Faizal turut memaklumkan, atlet berusia 23 tahun itu juga merupakan atlet wanita pertama yang mencatatkan 53.79 saat dan memperbaiki catatan beliau iaitu 54.94 saat pada bulan lalu sekali gus mengatasi catatan 54.58 saat milik Noorseela Mohd Khalid, 16 tahun yang lalu.

Tahniah anak muda! Moga dapat memberi inspirasi buat semua.

Iklan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI