'Aiman mohon doakan agar semua anak istimewa disayangi' - Dr Zulkifli

'Aiman mohon doakan agar semua anak istimewa disayangi' - Dr Zulkifli
'Aiman mohon doakan agar semua anak istimewa disayangi' - Dr Zulkifli
A
A
A

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri akui amat terharu apabila sekali lagi menerima surat daripada seorang remaja autisme bernama Wan Aiman.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Zulkifli mengatakan Wan Aiman atau lebih mesra dengan panggilan Aiman sudah mengikutinya sejak beberapa tahun lepas dan sering mengirim surat.

“Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas, pasti kenal Wan Aiman, remaja autisme ini.

“Dia suka menulis surat kepada saya dan menurutnya, beliau sentiasa mengikuti perkembangan saya.

“Pagi ini (semalam) dia memberikan sepucuk surat kepada saya selepas Kuliah Dhuha Muslimat di Surau Annur, Bandar Baru Bangi," tulisnya di posting tersebut.

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar tersenarai paling atas World’s Most Admired kategori Malaysia

Beliau amat terharu dengan kepercayaan dan harapan yang diberikan Aiman.

"Saya doakan anakanda Aiman membesar menjadi anak yang soleh, bijak, dan membanggakan kedua-dua ibu bapa bila dewasa nanti," ujarnya.

Antara isi kandungan surat tersebut yang amat menyentuh hati warganet adalah apabila Aiman memohon Dr Zulkifli mendokannya serta semua anak istimewa lain disayangi.

Lagi terharu apabila Aiman turut berpesan kepada ibu bapa, kakak atau abang yang ada ahli keluarga istimewa atau autisme supaya banyakkan sabar dan Allah pasti balas kebaikan kelak.

Sinar Plus doakan adik Aiman berjaya dunia dan akhirat... amin.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca