Ainul Mardhiah genap 3 tahun, makin bijak, sudah pandai hafal rutin harian

A
A
A

AINUL Mardhiyah Ahmad Safiuddin, pernah menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia.

Kisahnya diuji ‘Germ Cell Tumour’ mendapat perhatian negara pada 2019.

Dalam perkembangan terbaru, ibunya Nurul Erwani Zaidi berkongsi kanak-kanak itu kini sudahpun mencecah usia tiga tahun Ogos lalu.

Istimewanya, mereka berdua berkongsi tarikh lahir sama.

“Bulan 8 (Ogos) yang lepas Ainul genap tiga tahun dan mama pun meningkat juga usia.

“Syukur Alhamdulillah diberikan rezeki umur yang panjang untuk lihat Ainul membesar.

Enggan mengenang kembali kisah Ainul yang terdahulu, Nurul Erwani hanya ingin melihat permata hatinya pada hari ini yang sudah seperti kanak-kanak normal lain.

“Fikiran Ainul pun tak nampak macam kanak-kanak tau. Contoh bila dalam kereta, dia tengok mama atau walid tidak pasangkan tali pinggang pada dia, cepat-cepat dia tarik tangan kita suruh pasangkan.

“Bijak sungguh Ainul ni tau! Means, Ainul sudah boleh hafal rutin harian yang selalu kita buat untuk dia ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa buat Ainul agar diberikan rezeki kesihatan kebahagiaan bersama yang tersayang, berjaya di dunia dan akhirat. Harapannya semoga Ainul Mardhiah menjadi anak yang solehah.

Ruangan komen Instagram Nurul Erwani dihujani ucapan hari lahir daripada warga maya. Rata-rata gembira dengan perkembangan Ainul dan mendoakan kesejahteraan si kecil itu.

“Happy Birthday Ainul.. semoga membesar dengan sihat dan solehah.”

“Happy birthday ainul.. Little fighter you are.  Semoga terus membesar dgn sihat jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah.”

“Happy Birthday Ainul. Bijaknya awak sayang, suka tengok perkembangan Ainul sampai sekarang.”

Terdahulu, penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai yang menyumbang sehingga RM4 juta bagi membolehkan bayi itu diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan.

Tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway, di sebuah hospital di London pada Jun 2019.

Susulan pembedahan, Ainul membesar dengan sihat. Malah perkembangannya sehingga kini masih menjadi perhatian warga maya di laman sosial.

Sumber: Instagram @nrlerwani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca