'Aku budak pasar... aku mencari rezeki halal buat diri dan keluarga' - Amat
NAMAKU Amat. Aku berusia 10 tahun. Tidak bersekolah tapi aku belajar melalui pengalaman.
Seawal usiaku, aku sudah memerah keringat mencari rezeki yang halal buat diri dan keluargaku.
Di hari minggu ini, sewaktu kanak-kanak lain yang seusia denganku berlibur dengan keluarga masing-masing, aku pula ke sana ke mari menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu.
Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh. Aku tidak menetapkan kadar bayaran, terserah pada ihsan pelanggan, mereka yang menentukan.
Aku hanya memudahkan urusan mereka dan berharap Allah memudahkan urusanku pula.
Aku reda dan pasrah, yang penting aku tidak melakukan kerja salah. Perjalanan hidup ku tampak kabur dan kelam.
Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan memasang impian.Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun, gigih dan sabar.
Inilah secebis kisah Aku Budak Pasar.
Semoga kita sama-sama mendapat hikmah, pengajaran dan iktibar. InshaAllah...
Begitulah perkongsian Edlee Abd Rahman kepada SinarPlus berkenaan budak baru berumur 10 tahun namun sudah bekerja di pasar.
Sesiapa berkunjung ke Pasar Lahad Datu bolehlah mendapatkan khidmatnya atau memberikan sebarang bentuk bantuan untuk anak ini.
Bekerja di awal usia untuk mencari rezeki halal.
Artikel berkaitan: ‘Terkejut saya cikgu maklum gambar menang lagi dalam pertandingan..’ – Syukor Khamis
Perkongsian pada facebook milik peribadinya mendapat 300 perkongsian, 600 like dan 100 komen.
Melalui posting tersebut, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat Amat.
Liza Leeyza - Bdk psr pandai cari duit....ada yg teda surat...tpi masih pandai....akal berniaga....jual kompek...angkat ikan....angkat air...angkat ais...belikn nasi....angkat brg org....rezeki allah luas....rezeki aku ade kat pasar..cuma allah tu nk bagi aku pengalaman jak jdi penjual ikan.....seronok kwn dgn dorg ni....tebukak bijik mate kau....blh bezakan yg malas dgn yg rajin....syabas bdk pasar...terbaiklah korgFaizah Mustaffa - x pa adk diatas pngorbanan adk trhdp kluarga sy doakan smg suatu ms allah akan bg adik hidup senng sbb berkat diatas kebaikan adk trhdp keluarga amin
Sham Azam - Semoga adik sentiasa di murahkan rezeki yg melimpa2 dan berjaya dalam hidup aminn
Nur Haya - Semoga suatu hari kau akan berjaya. Amin
Muhamad Nurawi - Semoga dia diberi kemurahan rezeki yg berpanjangan dan berterusan dari Allah..
Karpayzal Payzal - Semoga kau berjaya kelak.pengalaman adalah sebuah pelajaran yang cukup untuk jiwa kental.
Jagindas Bale Magello - Hidup dgn pengalaman,akan menjadikan seseorang itu lebih tahan lasak berbanding hidup tanpa pengalaman
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang