Al-Quran milik adik dipulangkan kepada Abdul Rahman, selitan nota ibu buat ramai sebak

SEBUAH al-Quran dipulangkan kepada remaja yang kehilangan enam ahli keluarga dalam sekelip mata, Abdul Rahman Amir Ruddin, 19 tahun.

Al-Quran tersebut merupakan milik salah seorang adik kepada Abdul Rahman yang maut bersama bapa dan ibu serta tiga adik lain dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu.

Apa yang sangat menyentuh hati ramai apabila di dalam al-Quran tersebut terdapat satu selitan nota ingatan dari seorang ibu kepada anak.

Menerusi satu perkongsian Non-Governmental Organization (NGO) Muslim Care Malaysia (MCM) di Instagram, kisah Abdul Rahman sekeluarga sungguh memberi inspirasi.

“Sebuah al-Quran milik adiknya dipulangkan kepada Abdul Rahman dengan terselit nota ingatan dari ibunya membuatkan suasana di dalam rumah sebak menahan air mata.

Baca juga Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah

“Kematian yang menghidupkan jiwa, inspirasi dari kisah mereka sekeluarga yang sangat mencintai al-Quran wajar kita jadikan tauladan.

“Hebat sungguh perjuangan mereka sekeluarga dalam memahatkan al-Quran dalam diri mereka. Subhanallah!

“Satu Malaysia menumpang hiba mendapat khabar duka kemalangan yang melibatkan sebuah keluarga di Johor.

“Meninggalkan dua orang waris, enam sekeluarga telah pulang menghadap Ilahi tanpa diduga.

Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” (Surah Al-A’raf: 34)

Iklan

“MCM diwakili Tuan Muhd Khidhir Izaidin, Naib Presiden MCM telah menziarahi adik Abdul Rahman yang masih sedang mencari kekuatan dan hikmah yang sedang ALLAH rencanakan buat dirinya.

Baca juga Niat melawat tercapai, Tizz Zaqyah syukur jumpa Abdul Rahman

“Adapun bagi kita yang masih diberi kesempatan hidup ini, haruslah kita mencontohi amalan mereka yang telah mendahului kita dengan husnul khatimah.

“Hendaklah kita sentiasa dalam ketaatan kepada ALLAH dengan beramal soleh dan saling memperingatkan tentang kebenaran, serta menjauhi kejahatan dan maksiat,” ujarnya.

Iklan

Perkongsian tersebut buat ramai sebak. Warga maya rata-rata meninggalkan kata-kata semangat dan doa buat remaja itu menempuhi hari-hari mendatang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!