'Alhamdulilah one step closer'- Latif Romly selamat bertunang

'Alhamdulilah one step closer'- Latif Romly selamat bertunang
'Alhamdulilah one step closer'- Latif Romly selamat bertunang
A
A
A

PENYUMBANG pingat emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Abdul Latif Romly, 24, selamat mengikat tali pertunangannya semalam.

Pemenang pingat emas lompat jauh T20 itu mengumumkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya hari ini.

"Alhamdulilah one step closer. I love you! (23/10/2021)," catatnya.

Perkongsian beliau turut dihujani ucapan tahniah warga maya dan pengikutnya yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan untuknya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sebelum ini, ibu kepada atlet paralimpik negara itu Salmah Yatim, 64, mengatakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa ini kerana masih memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.

Menurutnya, Latif merancang berkahwin pada 2025 kerana buat masa ini dirinya ingin tumpukan kepada sukan terlebih dahulu.

'Sportmanship world class' - Atlet paralimpik Greece dapat pujian ramai bantu Latif Romly

Ujarnya, pihaknya juga tidak ada halangan untuk mereka Latif berkahwin kerana kedua-dua keluarga sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.

Sementara itu, Abdul Latif jua pernah menjadi tumpuan ramai apabila melalui episod dramatik mengalami kecederaan dipercayai salah mendarat ketika temasya Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Beliau menutup tirai Sukan Paralimpik 2020 meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Stadium Olimpik, Tokyo.

Baca juga "Get Well Soon Tuanku, People Need You" - Warga Maya Hujani Doa Buat TMJ

Anak jati Perlis itu juga turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial dengan perubahan wajahnya yang jauh lebih matang berbanding ketika Sukan Paralimpik Rio di Brazil pada tahun 2016.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LATIFROMLY (@latifromly)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca