Alhamdulillah! Adik Athif kini makin pulih, boleh gerak kaki, tangan & bersuara

MUHAMMAD Athif Fahri Mohd Farhan yang menghidap penyakit Atrofi Otot Spina (SMA) kini semakin pulih selepas mendapatkan suntikan ubat genetik Zolgensma bernilai lebih RM9 juta pada 26 Julai lalu.

Adik Athif yang kini berusia setahun lapan bulan juga dilaporkan semakin stabil selepas menerima suntikan ubat termahal di dunia itu.

Hasil sumbangan orang ramai dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), anak ketiga kepada pasangan Mohd Farhan Mohd Sait, 35 dan Nur Azizah Zamri, 33 itu kini melalui perkembangan positif.

Ibu bapanya turut bersyukur dengan perkembangan ditunjukkan bayi mereka yang didakwa kini berupaya mengerakkan kedua-dua tangan dan kaki.

Muhammad Athif juga kini boleh bersuara selain berat badan semakin bertambah.

Baca juga Ayuh Malaysia, adik Athif pula perlu bantuan anda

“Dari segi pernafasan, sebelum ni kan kalau tengok selalu berhenti bernafas asyik biru kalau bernafas kan, buka je mesin ni berhenti bernafas, sekarang banyaklah perkembangan, kalau time mandi dah boleh buka lah tapi slow-slow lah ikut cadangan doktorlah,” kongsi ibu Athif.

Menurutnya, adik Athif menghidap SMA jenis satu sejak berusia dua bulan dan memerlukan suntikan genetik sebelum berusia dua tahun.

Apa pun bayi berkenaan masih memerlukan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebulan sekali bagi tempoh beberapa bulan lagi.

Baca juga Alhamdulillah, Naail, Athif boleh buka alat bantuan pernafasan lama, otot berhenti merosot. Ayuh bantu Qaisar pula

Iklan

“Saya rasa macam anak saya, ialah sebelum ni tak ada harapan untuk hidup doktor kata, boleh hidup enam bulan, sebelum dua tahun, saya rasa anak saya ni macam mati hidup semula kan sebagai harapan baru laa, untuk kami,” ujarnya lagi.

Kepada semua pihak yang membantu dan prihatin menyelamatkan nyawa bayi mereka, keluarga ini menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih.

Alhamdulillah! Semoga adik Athif terus sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Iklan

Sumber: BuletinTV3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!