Alhamdulillah! Kos pengajian pelajar cemerlang 11A kematian ibu ditanggung kerajaan, 8 info berkaitan

ALHAMDULILLAH! Ada yang bantu. Kos pengajian pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11 A, Muhammad Syahril Saidi, 18 akan ditanggung kerajaan Kelantan.

Selain Muhammad Syahril, kakaknya juga diberi peluang yang sama jika mereka berhasrat menyambung pengajian.

Menurut laporan media tempatan, berikut info mengenainya;

1. Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, selain Muhammad Syahril, pihaknya juga akan membantu kakak pelajar itu yang turut menangguh pelajaran kerana menjaga ibu mereka yang sakit.

2. Katanya, maklumat lengkap berkenaan remaja itu dan kakaknya akan diambil untuk bantuan susulan.

3. Pihaknya sedia maklum perihal pelajar itu daripada Penghulu Mukim dan difahamkan kakaknya juga dapat tawaran belajar sebelum ini namun menolak kerana menjaga ibu mereka.

Baca juga ‘Tak apa, saya reda’- Muhammad Shahril curah kasih terakhir buat ibu hingga ke liang lahad, imam solat jenazah buat netizen sebak

4. Jadi pihaknya akan beri bantuan yang berkaitan, terutamanya soal pendidikan.

5. Ujarnya, setakat ini Muhammad Syahril akan meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, di sini, untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

6. Katanya lagi, Muhammad Syahril berhasrat menyambung pelajaran di Universiti Malaya juga dalam bidang agama. “Jika dia nak sambung, kita akan bantu mana yang boleh, kita pastikan pendidikan mereka diteruskan walaupun sudah kehilangan ibu bapa,” katanya.

7. Syahir berkata, selain soal pendidikan, dia juga difahamkan pelajar itu dan keluarganya dari golongan susah. Sebelum ini, mereka menyewa rumah kayu di Kampung Kandis sebelum baru berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa di taman perumahan di kampung sama hasil perkongsian duit abang dan kakak yang bekerja demi keselesaan ibu mereka.

8. Pihaknya akan lihat juga ruang untuk bantu mereka dapatkan rumah melalui bantuan yang ada.

Sebelum ini kisah Muhammad Syahril menjadi tular selepas remaja itu tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM kerana perlu menjaga ibu.

Baca juga Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak

Iklan

Muhammad Syahril menerima keputusan peperiksaan itu selepas pihak sekolah berkunjung ke rumahnya pada Khamis.

Rutin hariannya memandikan ibu tersayang yang terlantar sakit sebelum dan selepas pulang dari sekolah menyentuh hati warganet.

Ramai yang mengaitkan kepatuhan dan keberkatan Muhammad Shahril menjaga ibu menjadi asbab kecemerlangan.

Iklan

Bagaimanapun, sempat berkongsi kegembiraan selepas dua hari menerima keputusan cemerlang 11A dalam peperiksaan anak bongsu itu, ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu.

Baca juga: Tak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara mudah mohon semak semula via online. Ibu bapa kena tahu ni

Sumber: BuletinTV3.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi