‘Tak apa, saya reda’- Muhammad Shahril curah kasih terakhir buat ibu hingga ke liang lahad, imam solat jenazah buat netizen sebak

Pelajar cemerlang yang meraih 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Shahril Saidi, 18, mengundang sebak netizen apabila mengimamkan sendiri solat jenazah ibu tercinta.

Ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang mengalami keuzuran sejak serangan angin ahmar pada 2019 tiga hari selepas menyaksikan kejayaan Muhammad Shahril menimbulkan rasa hiba orang sekeliling.

Paling menyentuh hati, bekas pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Iman itu mengimamkan sendiri solat jenazah bonda tercinta di Masjid Pondok Moden, Bachok.

Baca juga: Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak

Tidak hanya itu, anak bongsu daripada enam beradik itu mencurahkan bakti terakhir dalam proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Pasir Mas pada 11.30 pagi, Ahad.

Pelajar Tingkatan Enam Maahad Yakubiah, Bachok itu pasrah dengan ketentuan ILAHI menerima pemergian ibu tiga hari selepas berkongsi berita gembira keputusan cemerlang yang diraih.

“Tak apa, saya reda,” balasnya.

Muhammad Shahril yang kehilangan bapa 11 tahun lalu dikatakan tenang walaupun bersedih dengan pemergian ibu tersayang.

Baca juga: Berkat jaga ibu sakit, mandikan sebelum pergi & balik sekolah, remaja anak yatim raih 11A SPM

Menurut nenek saudara remaja itu, Zainab Otman, 58, remaja itu dan lima adik-beradiknya yang lain bergilir menjaga ibu mereka yang sakit.

““Mereka yatim piatu sememangnya anak yang baik dan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan amat sempurna,” katanya.

Iklan

Difahamkan keluarga berkenaan kini menyewa di kediaman sekarang selepas rumah kayu di kampung sudah usang.

Kisah Muhammad Shahril menjadi tular selepas remaja itu tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM kerana perlu menjaga ibu.

Muhammad Shahril ketika menerima kunjungan para guru ketika keputusan SPM diumumkan 8 Jun lalu.

Muhammad Syahril menerima keputusan peperiksaan itu selepas pihak sekolah berkunjung ke rumahnya pada Khamis.

Rutin hariannya memandikan ibu tersayang yang terlantar sakit sebelum dan selepas pulang dari sekolah menyentuh hati warganet.

Ramai yang mengaitkan kepatuhan dan keberkatan Muhammad Shahril menjaga ibu menjadi asbab kecemerlangan.

Iklan

Baca juga: Duit boleh cari, ibu segala-galanya. Demi Cik Ani, Chef Wan upah jururawat bergaji hampir RM6,000 sebulan

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi