BERTUAHNYA insan yang dapat menjadi salah seorang umat Islam membuat ibadah umrah dalam norma baharu.

Itu berikutan selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan Covid-19, Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama semalam.

Begitulah perkongsian seorang pengguna Twitter, @NajhanHassim91 yang sangat bertuah dapat tunai ibadah umrah tersebut.

“Alhamdulillah..selesai umrah norma baharu!

“Merasa menjadi yang terawal buat umrah untuk hari pertama dibuka hari ini (semalam),” ujarnya yang bekerja sebagai jururawat di sana.

Katanya lagi, kalian jangan keliru… umrah hari ini dibuka untuk yang berada di Saudi sahaja tapi perlu ‘online booking’ untuk dapat tempat dan slot.

“Download Earmatna dan Tawakkalna untuk dapatkan permit umrah. Ini bagi pengurusan di Saudi sahaja, bagi yang di Malaysia boleh rujuk agensi masing-masing.

“Buat yang berada di luar Saudi, khabarnya mula dibuka buat kalian November nanti. Itupun bergantung pada keadaan semasa dan status Covid-19 negara masing-masing…Sama-samalah kita doa supaya dipermudahkan urusan kalian ke sini,” jelasnya.

Artikel berkenaan: “Saya mintak maaf, saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan nanti” – Ustaz Ebit Lew

Beliau turut berkongsi kesyukurannya itu dengan beberapa foto dan mendapat ucapan tahniah daripada ribuan warganet.

Mereka berkata; Ya Allah jealousnya.

MasyaAllah beruntung nya.

Wah so lucky nya!!! Tengok tadi kat buletin TV3 and my heart so touched.

Masyaa Allah, do’a kan semoga suatu saat nanti Allah beri aku peluang untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Aamiin Allahumma Aamiin

alhamdulilah bro. rezeki. mungkin saya esok lusa tulat tahun depan 2 tahun lagi.

Nak nanges.. cemburu.. tapi tumpang happy..

Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi semalam, selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Iklan

Sejak pertengahan Mac lalu, Arab Saudi mengambil pendekatan drastik bagi memerangi penularan Covid-19 dengan menggantung pelaksanaan ibadat umrah dan ibadat solat di Masjidil Haram.

Kerajaan Arab Saudi turut menggantung penerbangan antarabangsa dan melaksanakan perintah berkurung bagi mengelakkan peningkatan kes pandemik itu.

Iklan

"Alhamdulillah...merasa jadi yang terawal" - Pemuda Malaysia jalani umrah norma baharu"Alhamdulillah...merasa jadi yang terawal" - Pemuda Malaysia jalani umrah norma baharu