PENYANYI, pelakon dan pengacara Alif Satar mendedahkan beliau rupanya pernah mendiami kediaman jenis apartmen atau flat di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Tidak lupa asal-usul, selebriti berusia 32 tahun itu berkongsi tentang lokasi tempat tinggal pada zaman kecilnya itu menerusi hantaran di Instagram.

Baca juga: Jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya – Alif Satar

“Baru -baru ni Alif ada bagitau waktu interview dalam Studio Sembang dengan Amelia yang Alif adalah salah seorang ‘budak flat’ ni ha.

“Blok E1, Seksyen 2, Wangsa Maju. We lived here from 1990 sampai darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana.

“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000. Barulah pindah ke Hartamas. Beb, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu,” kongsinya.

Membawa bersama tiga cahaya matanya, Alif berkunjung kembali kawasan kediaman yang menyaksikan beliau membesar sehingga berusia 10 tahun.

“Macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best, bila bawak anak-anak jalan haritu.

“Rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini!! Kind loving people they all are and I wish them all the best,” titipnya.

Baca juga: Alif Satar jual nasi ayam bantu golongan B40, individu terjejas akibat Covid-19          

alif satar

Dalam pada itu, anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Satar Ramli dan Nur Hafiza Muhammed itu berkongsi nasihat agar tidak melupakan orang-orang yang pernah memberi jasa kepada kehidupan.

“Doesn’t matter how high you soar, never forget your roots. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu.

“Appreciate and remember the people who got you there along the way,” kongsi Alif.

alif satar

Iklan

Alif mula dikenali selepas mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama pada tahun 2006. Sejak itu bakatnya berkembang sebagai pelakon dan pengacara.

Alif berkahwin dengan bekas pengurusnya, Shadila Halid pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga anak iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.

Baca juga: [VIDEO]Alif Satar akan kongsi kisahnya sebagai pesakit Covid-19

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi