Allahu... seringgit je upah servis graduan ni untuk buang sampah

A
A
A

NIATNYA pada mulanya hanya mahu beramal jariah namun tidak sangka, usaha murni yang dicetuskan anak kelahiran Johor Bahru ini memberi inspirasi kepada orang ramai.

Masakan tidak, hanya upah RM1 sahaja diminta Wan Nur Elisa Adreena Wan Jusoh, 24, untuk membantu membuang sampah penduduk di Apartmen Cempaka Sari, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi tular dalam media sosial.

Kongsi Wan Nur Elisa Adreena kepada SinarPlus, inisiatif itu tercetus selepas rakannya menjalankan infak kuih pelita kepada penduduk yang memerlukan.

“Saya tertarik dengan sikap pemurah individu yang sanggup infak kuih untuk dijadikan juadah berbuka puasa kepada penduduk ketika bulan Ramadan, baru-baru ini.

upah sampah

“Dari situlah saya terfikir untuk buat benda sama, lebih kepada servis untuk bantu penduduk yang tak larat nak turun bawah buang sampah memandangkan apartmen ini tiada lif,” ceritanya.

Gadis manis yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini sebenarnya bukan calang-calang orangnya.

Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini tidak betah duduk diam dan rajin dengan mengambil upah sebagai dropship dan pereka grafik sambilan.

Artikel berkaitan:Sebuah kisah Syawal yang menyentuh perasaan, pasangan suami isteri kendong anak tak berbaju sanggup berjalan jauh 20km demi bahagiakan anak… 

Demi menampung kos sara hidup dan sewa di apartmen itu, anak kedua daripada tujuh beradik rajin berusaha sambil mencari pekerjaan tetap yang sesuai dengan kelulusannya.

“Sebenarnya saya masih mencari kerja tetap dan alhamdulillah ada dua dan tiga tawaran diterima namun masih dipertimbangkan.

“Sekarang ini, upah buang sampah dibuat secara sambilan saja dan dikongsikan dalam grup Whatsaap penduduk apartmen ini yang memerlukan servis itu,” ujarnya yang turut menerima panggilan daripada orang ramai yang mahu mencontohi usaha murni itu.

upah sampahANTARA perkongsian warganet yang memuji kesungguhan Lisa dalam membantu mereka yang memerlukan.

Tidak menolak persepsi negatif terhadap servis buang sampah itu, gadis yang mesra dipanggil Lisa ini terus positif dengan usaha yang dilakukan lebih-lebih lagi menerima sokongan keluarga.

“Keluarga pun tahu saya buat servis ini dan mereka pun beri sokongan penuh. Bila dapat restu keluarga, hati pun senang nak buat kerja.

“Bagi saya, kerja yang halal meskipun hanya buang sampah. Setakat ini, walaupun saya hanya menerima RM1 tetapi penduduk bermurah hati bagi upah lebih,” katanya sambil tersenyum.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca