KUCING merupakan haiwan peliharaan yang paling menjadi pilihan ramai dan sentiasa mendapat tempat di hati manusia terutamanya pecinta haiwan.

Memelihara haiwan berbulu halus itu dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

Menurut sebuah kajian, kucing memiliki sikap tenang yang akan membuatkan pemiliknya turut menenangkan diri dan boleh membantu mengembalikan kesegaran fikiran.

Namun begitu, pemiliknya haruslah memahami yang si comel perlukan perhatian. Pun begitu kucing
juga sebenarnya memberi perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Ia mengajar manusia memiliki hubungan sosial yang baik.

Seperti sebuah klip video yang tular di media sosial mencuri perhatian warganet apabila seorang pemuda dikenali @abah91_aurorra memanggil ‘anak-anak’ untuk bersalaman sebelum keluar bekerja.

Video berkapsyen “hah siapa lagi nak amin dengan abah cepat” itu memaparkan aksi pemuda lengkap beruniform dan membawa bekal untuk ke tempat kerja.

“Along, abah nak pergi kerja ni, cepat amin… cepat amin dulu,” ujarnya.

Apa yang menggelikan hati apabila anak yang dipanggil untuk bersalaman itu adalah seekor kucing.

Ramai yang beranggapan lelaki berkenaan memanggil anak, rupa-rupanya muncul si bulus Oyen.

Malah beliau turut membuat pesanan kepada si comel.

Iklan

“Abah nak pergi kerja tau, jangan nakal-nakal kat rumah. Jangan main air, ingat tau. Jangan main air along!

“Makan tau, makanan dah siap, air pun dah siap. Susu pun ada.

“Jangan main air along, jangan main air. Dengar tak abah cakap jangan main air,” pesannya berulang kali sambil mencium si oyen.

kucing cemburu

Ternyata perkongsiannya itu mencuit hati warga maya yang rata-rata memuji sikap penyayang beliau terhadap haiwan peliharaan terbabit.

Iklan

Komen 1: “Sama sebiji macam saya, bila orang tengok orang kata pelik. Yang betul-betul pencinta kucing je faham.”

Komen 2: “Laki (suami) aku pun sama perangai macam ni, kadang-kadang ingat dia bercakap dengan anak-anak rupanya dengan anak bulus.”

Baca juga Penangan isteri peminat K-drama, suami sanggup pasang digital door lock di rumah

Komen 3 : “Ye ye aku ingat anak-anak dia.”

Komen 4: “Aku rasa tak pelik pun orang bercakap dengan kucing sebab aku pun macam tu. Siap bahasakan mama lagi. Orang kalau sayang kucing memang macam ni.”

Jadi, benarlah hanya pencinta haiwan memahami hubungan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan haiwan peliharaan.

@abah91_aurorraHah sapa lagi nk amin dgn abah cepat… 😆… ##onduty♬ original sound – Muhd Fais – paisshaari