BAGI korang yang selalu menonton filem dan drama bersiri Korea Selatan pasti menyedari sistem keselamatan digunakan di pintu rumah mereka tidak menggunakan tombol biasa.

Ia menggunakan sistem khas papan kekunci yang lebih efektif dan mudah berbanding mangga atau kunci. Bahkan, menyifatkan penggunaan peranti elektronik itu lebih selamat.

Ini bermakna korang tidak perlu membawa anak kunci dan bersusah payah ‘menggagau’ mencarinya di dalam tas tangan setiap kali ingin membuka pintu rumah.

Justeru, tidak hairanlah kalau peminat tegar K-drama mula memasang impian untuk memiliki sistem kunci pintu digital yang serupa.

Bertuah pengguna Facebook dikenali Izni Arshad apabila impiannya untuk memasang sistem pintu ala Korea di kediaman mereka direalisasikan suami tercinta.

“Alhamdulillah, siap akhirnya suami pasang ‘door lock’ ini.

“Sebagai peminat tegar K-drama sejak remaja memang sis (saya) sudah lama teringin nak ada benda ‘alah’ ni.

“Feeling sangat ‘gituh.’ Boleh unlock pakai password ataupun smart card,” tulisnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, wanita tersebut mengakui proses pemasangan kunci pintu digital itu agak sukar.

“Boleh tahan rumit nak siap pasang. Terima kasih suamiku Mat Ja Apih,” kata Izni.

Izni turut berkongsi sistem ini boleh berfungsi secara manual dan automatik. Hanya perlu tekan ‘open’ pada sistem ini untuk membuka pintu.

Baca juga Dapur Elegan Estetika Jepun Pelengkap Kediaman Cik Manggis

“Boleh buat mode automatik atau manual. Tekan sahaja open untuk bukak atau pulas. Tak perlu runsing.

“Suami saya sudah drill tebuk lubang panjang dan skru panjang. Tidak perlu bersusah payah untuk tendang sibuk nak tendang pintu org bagai. 

“Fikir baik baik InshaALLAH yang datang pun baik-baik. Lepas itu pasanglah lock lain macam biasa. Untuk extra safety waktu malam atau ketika tinggal di rumah,” tulisnya.

Beliau turut berkongsi video cara sistem kunci pintu digital berfungsi dengan menggunakan nombor pin sebagai kata laluan dan atau RF key tag.

Selain itu, berkongsi video demo cara pintu itu berfungsi menggunakan kata laluan contoh. Selain menggunakan sistem sistem kunci pintu digital, kediamannya juga turut menggunakan kamera litar tertutup untuk tujuan keselamatan/

Iklan

Tambah beliau, sistem kunci pintu digital itu dibelinya dari Korea yang menggunakan bateri.

“Incase bateri habis, ini caranya untuk aktifkan kembali sistem ini dari luar. Lepas itu masukkanlah password atau kad macam biasa.,” kata Izni.

 

Iklan

Walaupun pemasangannya agak rumit, ternyata berbaloi dan memudahkan. Lebih-lebih lagi apabila korang membawa banyak barangan ketika pulang.

Hasil tinjauan SinarPlus dalam laman web e-dagang mendapati sistem kunci pintu digital itu dijual pada harga antara RM219 hingga RM2,000 bergantung pada fitur teknologi dan reka bentuk.

Baca juga Hati-Hati 5 Haiwan Kerap Muncul Di Kawasan Rumah Ketika Cuaca Panas, Cari Port Lembap

Sumber: Izni Rashid, Shopee