“Anak aku, suka hati aku” – Video ibu ‘seronok’ anak hisap vape undang amarah

ANAK-ANAK ibarat kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya bagi mendapatkan hasil yang baik dan cantik.

Seperti sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi”.

Ini disebabkan setiap anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Jika baik didikan, maka eloklah kejadiannya.

Iklan
Iklan

Justeru, dalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah akan digunakan ibu bapa. Namun, lain pula yang berlaku kepada sebuah keluarga ini.

Menerusi sebuah video yang tular dalam laman sosial kelihatan seorang wanita didakwa ibu kandung menghulurkan vape ke mulut kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan dua tahun.

Video yang dimuat naik di Instagram peribadi wanita tersebut memaparkan dirinya menghulurkan vape ke dalam mulut anaknya. Si comel yang tidak mengerti apa-apa bertindak menghisap rokok elektronik yang mengandungi bahan kimia .

Lebih mengecewakan wanita tersebut seolah-olah tidak belas kasihan, bahkan teruja menyuap vape berkali-kali terhadap permata hatinya itu.

Baca juga Ibarat bom jangka. Perokok dan penghisap vape berisiko tinggi dijangkiti Covid-19

Tindakan si ibu secara tidak langsung mengundang amarah warganet. Rata-rata mengatakan ia adalah tindakan tidak wajar.

Pun begitu, selepas menerima kecaman ramai, wanita tersebut dilihat menukar akaun Instagramnya kepada ‘private’.

Bagaimanapun, sebelum itu dia sempat menulis dalam Instagram Story (IGS) yang berbunyi: “Kelam kabut semuanya ya! Suka hati akulah nak post apa. Anak aku, suka hati aku. Aku yang jaga dia.”

Tindakan wanita itu bukan sahaja dikecam warga maya, malah portal tempatan melaporkan pihak polis sedang memburu pemilik akaun Instagram yang memuat naik video berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner, Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya telah sedia maklum tentang penularan video terbabit dan kini dalam usaha mengesan lokasi kejadian.

“Pihak polis dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang giat mengesan lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan dan tindakan menyelamatkan kanak-kanak tersebut dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Bagi SinarPlus, apa pun tujuan wanita terbabit berbuat demikian, ia sangat melampau. Kasihan betul melihat anak kecil yang tidak berdosa itu menahan rasa perit dan tidak selesa.

Bahaya vape 

Menurut portal Hello Doktor, vape atau rokok elektronik mengandungi lebih 40 bahan kimia
yang telah dikenal pasti.

Setengah daripada bahan kimia tersebut membahayakan kesihatan dan berupaya untuk dilepaskan ke udara sekeliling (risiko perokok pasif).

Antara bahan kimia yang terkandung terdiri daripada Asetaldehid, N-Nitrosonornicktina (NNN), Plumbum, Toluena, Benzena dan lain-lain yang mampu menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Justeru, kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, berfikirlah sebaiknya sebelum melakukan sesuatu, apatah lagi melibatkan anak-anak kecil.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

22 mins ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

4 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

7 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

8 hours ago