Anak meragam di kedai makan ganggu orang lain, ibu anak 5 kongsi urus si kecil

BARU-BARU ini heboh di laman sosial berkaitan isu anak menangis di kedai makan sehingga mengganggu keharmonian orang lain.

Perkara tersebut menjadi lebih parah apabila seorang influencer wanita meluahkan rasa tidak puas hati setelah anaknya itu dikatakan membuat bising di sebuah kedai makan sekali gus menyarankan orang ramai untuk membungkus sahaja bagi mengelakkan diganggu.

Wanita tersebut membuat kenyataan bahawa pelanggan lain sepatutnya membungkus sahaja makanan dan menikmati di rumah sekiranya berasa terganggu dengan ragam kanak-kanak.

Bagaimanapun dia kemudian membuat kenyataan mohon maaf selepas mendapat kecaman ramai sehingga anak-anaknya juga terpalit menjadi mangsa cacian orang ramai di media sosial.

Baca juga Musim cuti sekolah buatlah anak seronok, ini idea aktiviti mudah & menarik ibu bapa bersama anak

Isu tersebut mencuri perhatian ramai kerana ia melibatkan semua golongan yang rata-rata selalu makan di kedai.

Tidak ketinggalan seorang pengguna Facebook Mcyah Joanjett tampil berkongsi cara dirinya dan suami ketika makan di kedai.

“Anak ramai bukan penghalang untuk makan di kedai. Kita dan anak-anak pun ada perasaan nak hang out macam orang lain.

“Tapi kena ingat, kedai makan ni tempat umum. Bukan tempat kita bayar private untuk keluarga kita je. Jadi ibu bapa kena bijak kawal suasana,” ujarnya yang mesra dipanggil Dikyah.

Ini cara Dikyah dan suami amalkan;

1. Suami dan isteri tidak akan makan selagi anak-anak belum siap makan. Jika anak lapar, mereka akan meragam, jadi pastikan mereka kenyang dahulu.

2. Selepas selesai anak-anak makan, suami dan isteri makan bergilir-gilir dengan cepat.

Iklan

3. Apabila semua sudah siap, cepat-cepat membawa anak-anak keluar daripada kedai. Andai kata ada anak meragam salah seorang suami atau isteri akan mendukung anak keluar kedai atau masuk ke kereta untuk tenangkan.

Ujarnya, kita tidak boleh mengawal untuk orang lain mencebik pada kita tapi kita yang boleh ubah suasana.

“Siapa je tak nak makan santai-santai, feeling in love, suap menyuap, kunyah 40 kali makanan ikut sunnah. Tapi itulah kena faham dan hormat orang sekeliling.

Baca juga  Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya

“Kita tak boleh nak kawal orang lain dari mencebik kita, tapi kita boleh kawal suasana dan keadaan anak kita di kedai makan.

Iklan

“Nanti anda besarlah mami dengan papa makan perlahan-lahan ye nak. Buat masa sekarang memang kene makan gaya ular sawa. Ngap! Telan tanpa kunyah,” ujarnya.

Kredit : FB Mcyah Joanjett

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi