'Anak saya masih menangis kehilangan ayah', isteri pramugara MH370 selar sikap biadap Jocelyn Chia

'Anak saya masih menangis kehilangan ayah', isteri pramugara MH370 selar sikap biadap Jocelyn Chia
'Anak saya masih menangis kehilangan ayah', isteri pramugara MH370 selar sikap biadap Jocelyn Chia
A
A
A

'Anak saya masih menangis kehilangan ayah', isteri pramugara MH370 selar sikap biadap Jocelyn Chia

SIAPA tak sedih kan? Tragedi melibatkan banyak nyawa dibuat bahan jenaka, melampau!

Wanita bernama Intan Maizura Othman yang juga isteri kepada salah seorang pramugara yang berada dalam pesawat MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, tampil menyelar tindakan biadap Jocelyn Chia.

"Anak saya Muhammad masih lagi menangis atas kehilangan ayahnya dan awak menjadikan MH370 ini sebagai satu perkara yang lawak.

"Tidak kira betapa jahatnya anda tetapi jangan sebut mengenai MH370 atau buat lawak mengenainya," ujarnya.

Artikel berkaitan Pelawak hina Malaysia bikin ‘panas’, Singapura umum Jocelyn Chia bukan warganegara, ini kronologinya

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, seharusnya wanita itu mempunyai sedikit empati dan tidak seharusnya membuat jenaka di atas kesedihan orang lain.

"Awak tahu berapa banyak ibu yang masih menangis sehingga kini, awak tidak tahu kerana tidak mempunyai empati dan perasaan.

"Atau awak tidak mempunyai keluarga pun, kalau mempunyai keluarga saya percaya mereka sudah tentu malu dengan apa yang awak lakukan ini.

"Awak tidak sepatutnya lakukan lawak jenaka ini untuk mendapat 'pengiktirafan' daripada orang lain.

"Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji," katanya.

Semalam, tindakan pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan menghina Malaysia menerusi persembahan komedi berdiri disifatkan sebagai melampau oleh warganet.

Baca juga Lelaki ini kongsi pengalaman menaiki MH370 tiga hari sebelum dilaporkan hilang

Kredit foto: Sinar Harian

Apa yang lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka sehingga menimbulkan kemarahan warganet.

Jocelyn Chia menerusi video tular berdurasi 29 saat itu meminta salah seorang penontonnya memperkenalkan diri dan dari mana, selepas penonton itu menjawab dari Malaysia, pelawak itu terus membuat muka jelik dan menyifatkan pembangunan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura bergelar negara maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Dalam pada itu, Intan Maizura turut meminta orang ramai untuk hentikan normalisasi perkara sebegini dan menjadi masyarakat lebih peka dengan perkara sensitif.

Sehingga kini, video dalam akaun rasmi TikTok milik Jocelyn belum dipadamkan namun pelawak itu memadam semua komen yang diberikan sebelum ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca