Pelawak hina Malaysia bikin ‘panas’, Singapura umum Jocelyn Chia bukan warganegara, ini kronologinya

JENAKA melampau pelawak Singapura,Jocelyn Chia benar-benar membuatkan ramai yang panas sekali gus menyinggung perasaan.

Masakan tidak, isu sensitif termasuk tragedi kehilangan MH370 menjadi bahan senda beliau.

Baca juga: Gara-gara tak cukup tanah, Singapura bina ladang solar terapung terbesar di dunia

Kredit foto: Freepik

Tindakan pelawak tersebut langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa.

Berikut adalah kronologi persembahan komedi berdiri bekas peguam berusia 39 tahun itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia:

1-Menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat dimuat naik di laman sosial TikTok @jocelynchiacomedy, pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura yang bergelar negara maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

2-Lebih mengejutkan, wanita wanita yang dikatakan warga Singapura itu turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka sehingga menimbulkan kemarahan warganet.

Baca juga: 60 peratus rakyat Singapura tidak cukup tidur akibat Covid-19

Kredit foto: Sinar Harian

3-Masing-masing mengecam tutur kata Jocelyn yang dianggap membuli. Malah ada yang memberi cadangan agar menyekat pasportnya daripada memasuki Malaysia.

4-Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon sangat terkejut dengan komen-komen menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam sebuah pementasan komedi berdiri baru-baru ini.

5-Ujarnya, kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

6- Jocelyn yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura sama sekali tidak mencerminkan pandangan Singapura.

7-Menon dalam kenyataannya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada pelawak itu.

Iklan

Pun begitu, melalui laman sosial, warganet rata-rata mahu wanita itu disekat perjalanan dari memasuki Malaysia.

– “Banned pelawak itu daripada memasuki Malaysia.”

– “Yang kami hendak adalah permohonan maaf daripada perempuan itu. “

– “Tragedi MH370 bukan bahan dibuat lawak kerana ia tragedi yang memilukn negara. Jangan mudah persendakan Malaysia dan gugat hubungan sesama negara. Sangat memalukan. “

– “Kami rakyat Malaysia mendesak tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pelawak tersebut. “

Iklan

Baca juga: Kreatif, makmal makanan di Singapura berjaya masak sate, rendang versi sayur-sayuran

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasii