GENAP usia 35 tahun pada hari pertama Ramadan dan kembali bergelar isteri, Farah Lee teruja menyambut ulang tahun kelahiran dan bulan mulia bersama suaminya, Fuad Hashim.

Personaliti media sosial dan aktivis itu turut menitipkan ucapan romantik kepada Fuad, 35, menyatakan suaminya itu merupakan hadiah terbaik buat dirinya.

“First ramadan sebagai isteri lagi dan hari ini (semalam) umur saya 35 tahun.

“Fuad tanya nak hadiah apa, saya cakap ‘awak adalah hadiah terbaik untuk saya’ lah romantik rupanya FL (Farah Lee).

“Ramadan Mubarak semua. Moga Ramadan ini digunakan sebaiknya untuk berbuat segala yang wajib, sunat dan kebaikan untuk mendapat rahmat ALLAH,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Baca juga:Farah Ann mahu jadi pembakar semangat atlet muda. Terus sumbang pengalaman untuk merancakkan sukan gimnastik

Dalam pada itu, ibu kepada Maream Esabel itu terharu dengan kehadiran Fuad dalam kehidupan beliau dan juga anaknya menambah lagi sinar kebahagiaan mereka.

“Terima kasih jugak kerana sudi hadir dalam setiap lorong hidup saya sepanjang 34 tahun yang lepas.

“Moga setiap perkenalan dan pertemuan kita, akan berterusan hingga ke Syurga. Amin,” katanya.

Baca juga:Kos RM570 juta, majlis praperkahwinan 3 hari anak bilionair terkaya Asia jadi perhatian dunia

Iklan

Fuad atau nama sebenarnya, Muhammad Fuad Hashim, 35, merupakan atlet kuda lasak dan juga penunggang pasukan State Terengganu Endurance Team (STET) mendirikan rumah tangga bersama Farah pada 5 Januari lalu.

Sebelum ini, Farah pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti televisyen dan pengacara, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012.

Pun demikian, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 17 Ogos 2016.

Iklan

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream, yang kini berusia 9 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang