Awal 21 hari, Syifa Melvin selamat bersalin sepakat beri nama Saif Sulaiman

A
A
A

Awal 21 hari, Syifa Melvin selamat bersalin sepakat beri nama Saif Sulaiman

SELEBRITI popular media sosial, Syifa Melvin kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata lelaki kelmarin.

Berita tersebut dikongsikan suaminya, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rashid di Instagram.

Menurut Safawi, isterinya selamat bersalin pada pukul 5.28 petang di sebuah hospital swasta.

Tambah Safawi, mereka sepakat memberi nama Saif Sulaiman.

"Masya-ALLAH, Tabarakallah, Saif Sulaiman Bin Muhammad Safawi," coretnya.

Sementara itu, Syifa menerusi Instagram Story miliknya pula menzahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertama mereka yang dipermudahkan walaupun secara tiba-tiba.

"Syukur Alhamdulillah, ALLAH sebaik-baik perancang... Saif Sulaiman.

Baca juga Hadiah hantaran gol, Safawi sahkan Syifa hamil 6 bulan, sambut cahaya mata sulung tak lama lagi

 

"Ku sangkakan Oktober, ternyata awal 21 hari, Hujung September juga dia nak keluar. Alhamdulillah for everything," ujarnya yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin.

Terdahulu, Safawi memuat naik foto memakai pelitup muka dipercayai sedang berada di hospital dipercayai sedang menanti kelahiran anak mereka.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Safawi dan Syifa.

Syifa atau nama penuhnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 29 dan Safawi, 26, mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.

Baca juga “I akan jaga family you seperti yang dijanjikan” – Syifa Melvin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca