Ayahanda kepada Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia

A
A
A

AL-FATIHAH. Ayahanda kepada Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba, 89, meninggal dunia kira-kira pukul 3.40 pagi tadi.

Allahyarham yang meninggal dunia akibat sakit tua menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam.

Berita kematian ayahanda Tengku Permaisuri Norashikin itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Selangor Royal Office.

Ayahanda kepada Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Facebook rasminya merafak sembah takziah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian ayahanda Tengku Permaisuri Selangor.

"Mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah," tulisnya.

Difahamkan Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam seusai solat Zohor hari ini.

Salam takziah kepada ahli keluarga.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca