BALIK daripada bertugas, seorang doktor wanita, dua jururawat antara yang terlibat insiden helikopter terhempas semasa melakukan pendaratan cemas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.

Demikian pengorbanan Pasukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta yang terdiri daripada enam orang iaitu pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat kesihatan, pembantu kesihatan awam, jururawat masyarakat dan seorang juruterbang yang sanggup bergadai nyawa menabur bakti kepada masyarakat.

Baca juga: Demi isteri rider, keluarga mangsa kemalangan dirempuh SUV, RM204,322 dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

Kredit foto: Bernama

Mereka yang terlibat, juruterbang helikopter, Fedzrol Norazam, 43, mengalami kecederaan di kepala; Dr Munirah Abd Rahman, 53, cedera di bahagian belakang dan abdomen; Zainurol Fazlan Zainudin, 40, cedera di kepala; Muhamad Azlan Hanifah, 31, cedera di kepala.

Dua lagi yang mengalami cedera parah ialah Norhasikin Abu Seman, 38, patah kaki kanan dan Hashilawati Hussi, 43, mengalami kecederaan di tempurung lutut dan patah bahu kanan.

Baca juga:

Kredit foto: Bernama

Kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai membuat lawatan berkala ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Warga maya yang bimbang akan nasib nasib mangsa menghela nafas lega apabila keenam-enam mereka disahkan selamat.

“Semua mangsa selamat. Punca helikopter membuat pendaratan kecemasan masih dalam siasatan,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Baca juga: 24 anak kecil, guru taska hamil maut, berikut kronologi kes amuk tragis bekas polis di Thailand

Kredit foto: Bernama

Berikut 10 info berkaitan kejadian:

-Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada menara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengenai helikopter yang terhempas di sempadan Perak-Pahang itu sekitar 1.20 tengah hari.

2-Ia melibatkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW di Cameron Highlands pada 1.03 tengah hari.

3-Helikopter berkenaan dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd.

4-Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dan mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat namun mengalami kecederaan.

Baca juga: Helikopter terhempas dekat rumah… Sharifah Shahira terkejut ingat tanah runtuh

Kredit foto: Bernama

5-Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, semua mangsa ditemui selepas lokasi helikopter itu berjaya dikenal pasti berhampiran Big Red Brinchang, kira-kira jam 3.51 petang.

6-Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.43 tengah hari dan berjaya sampai ke lokasi helikopter berkenaan terhempas yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands pada 3.51 petang.

Iklan

7-Seramai 38 anggota dan sebuah jentera bomba dikerah ke lokasi kejadian.

8-Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya berkata mangsa yang sudah stabil akan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, manakala bagi mangsa yang cedera akan distabilkan terlebih dahulu di HoSHKA sebelum dirujuk ke HRPB.

Kredit foto: Bernama

9-Mangsa pertama yang dipercayai juruterbang helikopter dibawa keluar kira-kira jam 5.30 petang diikuti mangsa kedua seorang wanita merupakan doktor perubatan  kira-kira jam 6.16 petang.

10-Kira-kira jam 6.34 petang, mangsa ketiga seorang lelaki dipapah keluar oleh anggota penyelamat bagi mendapatkan rawatan awal di kebun sayur berhampiran. Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas kejadian helikopter berkenaan terhempas, suami salah seorang kru yang terlibat menerusi hantaran di Facebook memohon titipan doa dari warga maya agar isteri dan pasukan kesihatan ditemui selamat.

Iklan

“Helikopter yang dinaiki oleh isteri saya dan pasukan kesihatan terhempas di Cameron Highlands mohon doa daripada semua,” titip pengguna Facebook Abdul Latif Ab Razak yang merupakan suami kepada pegawai perubatan, Dr Munirah Abd Rahman.

Baca juga: 8 rakan dibunuh depan mata, mohon bantuan menerusi CCTV, kisah Nelson Sarira buat ramai sebak

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi