AKIBAT pandemik Covid-19 yang kini memasuki gelombang ke-3 di Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pengajian tinggi (IPT) negara juga turut berubah wajah daripada pengajaran tradisional berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya.

Kementerian Pendidikan mengarahkan universiti dan kolej tidak mengadakan kelas secara bersemuka. Pensyarah dan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan norma baharu tersebut.

Namun, isu utama yang sering menjadi bualan dan permasalahan mereka adalah daripada segi capaian internet yang mana bagi mereka yang berada pada kawasan pedalaman pasti berhadapan dengan kesulitan itu.

Disebabkan itu, atas dasar prihatin dan tanggungjawab, seorang bapa di Bukit Petai Tujuh, Tanah Merah, Kelantan, bertindak mendirikan sebuah khemah di atas bukit setinggi kira-kira 20 meter bagi membantu anaknya mengikuti pengajian dalam talian.

Perkara itu dibuat oleh kerana capaian Internet dan kemudahan telekomunikasi yang tidak memuaskan di kawasan itu yang menyukarkan anaknya menduduki kelas secara atas talian.

Memetik laporan portal media tempatan, Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20, pelajar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, sebelum ‘kelas’ itu didirikan oleh bapanya Mohd Azmi Ahmad, dia terpaksa ke bandar yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya untuk mendapat akses Internet bagi mengikuti pengajian.

Namun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 21 Nov lepas, Nurlieda tidak dapat ke bandar dan Mohd Azmi mengambil keputusan untuk mendirikan khemah untuk dijadikan ‘kelas’ sementara.

AKIBAT pandemik Covid-19 yang kini memasuki gelombang ke-3 di Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pengajian tinggi (IPT) negara juga turut berubah wajah daripada pengajaran tradisional berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya.

Mohd Azmi dikatakan membina khemah itu pada hari pertama selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB selama dua minggu di Kelantan.

Bagi memastikan keselesaan anaknya yang merupakan penuntut tahun dua jurusan Teknologi Makmal Perubatan mengikuti sesi pembelajaran, Mohd Azmi melengkapi khemah yang dibina itu dengan kelengkapan seperti kerusi dan juga meja.

‘Kelas’ air tangan bapa berusia 48 tahun yang dibina kira-kira 30 meter dari rumahnya itu juga digunakan oleh Nurlieda Khaleeda hampir setiap hari, kecuali pada waktu malam kerana bimbang dengan keselamatannya yang terdedah kepada ancaman haiwan berbisa seperti ular.

AKIBAT pandemik Covid-19 yang kini memasuki gelombang ke-3 di Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pengajian tinggi (IPT) negara juga turut berubah wajah daripada pengajaran tradisional berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya.

Tambahan pula Nurlieda Khaleeda kini sedang menduduki peperiksaan yang bermula 23 November lalu dan bakal tamat 3 Disember ini.

Nurlieda Khaleeda juga perlu menggunakan kamera telefon bimbit bagi memudahkan pensyarah memantau ketika dia menduduki peperiksaan tersebut.

Iklan

Nurlieda Khaleeda juga dikatakan agak tertekan dengan rangkaian Internet di kampung tersebut yang kadangkala ada kadangkala hilang sehingga menyukarkannya untuk menjawab peperiksaan.

Malah, masa dua jam yang diberikan juga tidak cukup disebabkan gangguan liputan talian.

Jika talian Internet terputus, dia terpaksa menjawab semula soalan dan tiada masa tambahan diberikan.

Memahami situasi sukar yang dihadapi oleh anaknya, Mohd Azmi akan menemani Nurlieda Khaleeda di khemah hingga selesai sesi pembelajaran atau peperiksaan.

Iklan

Jika hari hujan, khemah ini tidak selesa namun Mohd Azmi tiada pilihan dan tidak mahu anaknya tercicir dalam pelajaran.

Mohd Azmi juga percaya masalah ini bukan hanya dihadapi oleh anaknya tetap pelajar lain juga pasti ada berhadapat dengan masalah yang sama.

Inilah yang dinamakan cabaran. Di harap semua pelajar yang kini terpaksa berhadapan situasi seumpama itu tabah dalam mengharungi dugaan dan semoga sesi pembelajaran dan peperiksaan dalam diselesaikan dengan sempurna.

Apa-apa pun jangan cepat mengalah dan berputus asa!