HomeKisah MasyarakatCerita Orang KitaBapa sayu raya sedondon...

Bapa sayu raya sedondon hitam tak kesampaian. ‘Sudah ditakdirkan begitu, saya reda’

Bapa sayu raya sedondon hitam tak kesampaian. ‘Sudah ditakdirkan begitu, saya reda’

PEMERGIAN kanak-kanak dalam satu kemalangan membabitkan sebuah treler di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang baru-baru ini meruntun hati ramai. Apatah lagi apabila Nurul Jannatun Assyifa, 9, maut di tempat kejadian ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Tragedi yang berlaku sehari sebelum tibanya 1 Ramadan itu benar-benar menyentuh hati warga maya.

Dalam temu ramah media, bapanya, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, berkongsi hasrat mereka sekeluarga untuk memakai sendondon hitam sempena Aidil Fitri tidak kesampaian tanpa kehadiran murid Tahun Tiga itu.

Lebih memilukan, Nurul Jannatun Assyifa dikatakan teruja selepas pakaian tersebut baru tiba di rumah mereka minggu ini.

Baca juga: Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati

“Kami sekeluarga tahun ini sepakat mengenakan pakaian berwarna hitam untuk raya tahun ini.

“Bila beliau (Nurul Jannatun Assyifa) nampak baju itu, beliau rasa seronok,” katanya.

Bergegas dari tempat kerjanya di Pulau Indah ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan oleh isteri tentang kemalangan yang menimpa anak kedua mereka, bapa muda itu mendedahkan sempat bersalaman Nurul Jannatun Assyifa buat kali terakhir.

Biarpun perit menerima kehilangan, Muhammad Jamathir pasrah dengan ketentuan takdir.

Baca juga: Warganet pilu, 5 anak termasuk bayi kembar hilang ibu sekelip mata, kereta dipandu bapa rempuh treler

Baca juga: Anak meninggal ketika masih kecil, ibu ayah reda dan bersabarlah. Anak syurga akan beri syafaat masuk ke jannah

Iklan

“Saya sempat bersalaman dengan anak-anak sebelum pergi kerja jam 6.30 pagi tadi.

“Saya tidak boleh berbuat apa, sudah ditakdirkan begitu, jadi saya reda,” katanya.

Anak bongsunya Alif Zahfran Muhammad Jamathir, 7, yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala dan sedang dirawat di HTAR Klang.

Kredit foto: Unit Khas Van Jenazah

SinarPlus terdahulu melaporkan kanak-kanak dua beradik terlibat kemalangan selepas dirempuh sebuah treler. Mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah selepas dijemput pengasuh. Wanita berusia 54 tahun itu difahamkan mengalami cedera ringan.

Iklan

Jenazah Nurul Jannatul Ashifa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Gong, Pelabuhan Klang pada jam 9.25 malam.

Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Pengasas Mustika Ratu, Ibu Mooryati Soedibyo meninggal dunia pada usia 96 tahun

PENGASAS syarikat perubatan herba dan kecantikan terkenal Indonesia Mustika Ratu, Mooryati...