HIDUP ini ibarat roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Apa pun yang dijalani, hadapilah kehidupan ini dengan tabah dan tenang walau apa jua dugaan yang menimpa.

Mengapa?

Perkongsian pemuda bernama Aswan Khamis ini barangkali dapat mengubati sedikit sebanyak rasa pilu mereka yang kehilangan perkerjaan akibat suasana ekonomi dalam negara, bahkan dunia yang tidak menentu pada masa ini.

Berkongsi foto-foto beliau berserta kapsyen tentang pengalaman dirinya sendiri, perkongsiannya itu agak menyentuh sanubari.

“Hidup ini satu perjalanan dan bukan matlamat,” katanya.  

Berbekalkan Diploma Mekanikal dari Politeknik Johor Bahru, Aswan berkongsi pengalaman memulakan kerjayanya:

– Foto 1: Bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang. Berhenti untuk dapatkan kerja di foto nombor 2.

– Foto 2: Bekerja sebagai Pegawai penyiasat kebakaran. Berhenti untuk dapatkan kerja di foto nombor 3.

– Foto 3: Bekerja sebagai Juruterbang di Jabatan Bomba Malaysia. Berhenti untuk dapatkan kerja di foto nombor 4.

– Foto 4: Bekerja sebagai Juruterbang Offshore di Weststar Aviation. Berhenti untuk membina sesuatu seperti di foto 5.

Iklan

– Foto 5: Membangunkan syarikat Fire and Safety (AITO Firework) untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan seperti di Foto nombor 1.

Waktu yang paling mencabar adalah ketika berada di foto 2 dan 3. Sebab inilah waktu yang betul-betul rasa terjamin dan masuk ke dalam comfort zone.

Manakala Foto 4 pula impian kebanyakan bagi pilot-pilot helicopter,” itu tulisnya di Facebook beliau semalam hingga tular.

“Nasihat dari insan yang hina seperti saya: Kalau kita kehilangan mana-mana kerja dari foto-foto di atas, jangan bersedih.

Iklan

“Kita hanya sedang menjalani jalan cerita dan bukan berada di penghujung cerita.

“Trust in ourselves. Be patient, and keep pushing ourselves to achieve the dreams. Our time will come,” kata Aswan.

Moga ada sinar dan lebih dilimpahruahkan rezeki buat mereka yang kehilangan pekerjaan. Aamiin. -AG #JanganPutusAsaMalaysia