KESEMPATAN bertemu empat mata dengan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin baru-baru ini membuka peluang SinarPlus berkongsi cerita tentang perkembangan terbaharu beliau sebagai anak seni, isteri, ibu dan juga usahanita.

Ungkap Fazura, beliau bersyukur kerana ALLAH telah banyak permudahkan perjalanan hidupnya dalam memegang semua ‘portfolio’ itu.

Baca ni ‘Orang yang jaga ibu bapa, orang yang berjaya.’ Kak Ell tidak lupa asal usul, bangga guna nama sendiri untuk jenama produk

“Sangat tenang dan sempurna perjalanan hidup saya kini. Cuma kena pandai urus masa untuk anak, suami dan kerjaya serta bisnes. Memang tak dinafikan ada banyak rintangan dan dugaan, tetapi itu perkara biasa. Saya sangat bersyukur dan berharap segalanya bergerak seiringan.

“Memandangkan sekarang sibuk dengan bisnes dan sebelum ini ada perancangan untuk keluar album tapi tergendala seketika. Ada juga projek filem terbaharu, namun saya tunggu penerbit yang umum,” ungkapnya yang memilih drama bersiri yang tidak memerlukan beliau lama di lokasi memandangkan keutamaan selebriti tersohor itu kini lebih kepada cahaya mata tersayang.

TAMBAH AHLI BAHARU

Mengulas lanjut mengenai perancangan sebelum ini yang ingin menambah ahli keluarga, akui isteri kesayangan Fattah Amin itu, beliau kini sedang ‘berebut masa’.

“Sekarang ini saya rasa tempoh setahun itu cukup cepat berlalu. Terasa seperti berebut masa antara bisnes, berlakon lagi dan juga perancangan buka ‘ kilang’ untuk anak kedua selepas ini.

“Memang kalau ikutkan kami merancang untuk memiliki cahaya mata seterusnya pada tahun ini kerana Fatima akan mencecah usia tiga tahun nanti,” katanya.

Sebelum ini, pelakon jelita tersebut pernah meletakkan sasaran untuk melahirkan anak kedua penghujung tahun 2023, namun pelakon Gol & Gincu itu mempunyai projek filem yang bakal keluar kelak.

“Nama pun perancangan kan, jika ada rezeki saya dan Fattah bersyukur sangat. Soal jantina memang kami harapkan kalau boleh anak kedua ini lelaki, tetapi jika Tuhan berikan anak perempuan, kami tetap bersyukur dan terima seadanya asalkan sihat,” ungkap Fazura sambil mengakui suami kesayangannya juga sibuk dengan lakonan dan masing-masing cuba mencuri masa untuk menghabiskan masa bersama.

Baca lagi ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

JADIKAN FATIMA DUTA

Melihatkan keletah dan gelagat puterinya, Nur Fatima Aisya yang sering mencuri tumpuan ramai, sambil tertawa Fazura mengakui hal tersebut.

“Sejak memasuki umur dua tahun, memang Fatima sangat petah bercakap. Malah, pemikirannya seperti budak lima tahun. Memandangkan saya dan Fattah masih baru dalam hal keibubapaan, jadi tidak tahu yang perangai anak-anak ini akan berubah setiap tahun,” ujarnya.

Iklan

Ditanya sama ada Fatima ada ditawarkan menjadi model atau duta produk kanak-kanak, Fazura tidak menafikan hal tersebut.

Pun begitu, baik dirinya dan Fattah, masing-masing tidak mahu terlalu mendedahkan anak perempuan kesayangan mereka itu.

“Perancangan untuk keluarkan produk memang ada tetapi saya sangat sibuk dan mungkin tahun hadapan akan berbuat demikian.

“Soal jadikan Fatima sebagai duta memang ada banyak permintaan tetapi kami tak mahu terlalu mendedahkan Fatima. Bimbang pula nanti Fatima salahkan mummy punca Fatima banyak kerja,” ulas Fazura sambil tertawa.

Baca lagi Perlu tambah darah setiap bulan, makan ubat dan kena suntik. Bee Aishah tetap mahu terus jadi anak seni

Iklan

Belum terlewat untuk SinarPlus menitipkan ucapan tahniah buat selebriti kesayangan ramai itu atas penganugerahan Nona Hijab Business menerusi Nona Superwoman Award 2022 baru-baru ini.

Mengulas mengenai pengiktirafan berkenaan, kata heroin Kami Histeria itu: “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan anugerah tersebut. Semoga akan datang saya dapat membantu lebih ramai orang termasuklah suri rumah di luar sana untuk lebih berjaya dengan produk yang dikeluarkan oleh syarikat saya.”

Sumber gambar: Instagram missfazura

Baca lagi ‘Obses dengan duit dan mahu cepat jadi kaya.’ Cik Puan Gojes tak kisah apa orang nak kata 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi