Berhenti makan gaji & jana income dengan pelaburan emas, Aida raih jualan lebih RM3 bilion bersama Angel Group
Berhenti makan gaji & jana income dengan pelaburan emas, Aida raih jualan lebih RM3 bilion bersama Angel Group
KESEMPATAN memenuhi jemputan ke majlis gala dinner pengiktirafan dan meraikan ahli Quantum Metal baru-baru ini menemukan penulis dengan Dr Rukhaidah Abd Karim.
Beliau ialah Pengasas dan Pengerusi Angel Group Creative Financial Solution.
Bakal memasuki usia separuh abad tahun hadapan, namun semangat dan jiwanya kalah orang muda.
Kesanggupan meninggalkan jawatan di salah sebuah bank demi mengubah kehidupan sekeluarga nyata tidak sia-sia.
Baca lagi 'Obses dengan duit dan mahu cepat jadi kaya.’ Cik Puan Gojes tak kisah apa orang nak kata
Bermula pada tahun 2020 dengan memperkenalkan konsep pelaburan emas di bawah Quantum Metal (QM), Angel Group Creative Financial Solution merupakan agensi yang ditubuhkan bertujuan untuk membantu orang ramai mencipta dan melindungi kekayaan mereka, sekali gus memberi pilihan kepada individu, pemilik syarikat dan masyarakat untuk meningkatkan tahap ekonomi dan menjana pendapatan masing-masing.
Mesra disapa dengan panggilan Aida sahaja, ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi saat memulakan bisnes tersebut.
Daripada zero, beliau menapak satu persatu tangga kejayaan dan tidak sampai dua tahun, Aida berjaya meraih jualan sehingga RM3.3 bilion.
"Pada kala pandemik Covid-19 melanda dunia, saya melihat bisnes GM adalah peluang keemasan yang tidak boleh di pandang sepi.
"Ia bukan sahaja jual emas, tapi bisnes ini memberi solusi kepada ekonomi. Kaedahnya yang terkini dengan menggunakan platform digital, patut diterokai. Terbaharu, kami turut melancarkan laman website Angel Group serta aplikasi KiloGo," katanya.
Dua platform itu juga bertujuan memperibadikan portfolio emas, menjadikan alat pemasaran konsultan, kalkulator zakat, panduan amaran harga serta membolehkan ahli-ahli menukar mata wang menjadi emas, memelihara dan meningkatkan kekayaan.
"Itu yang saya jadi terpaut hati dengan QM. Sementelah, bisnes ini tak memerlukan modal yang besar, baik untuk jadi pemegang emas atau baru nak berjinak-jinak dalam QM.
"Sebagai pemegang emas, serendah RM10, kita dah boleh pegang emas. Untuk yang memulakan bisnes, anda boleh bermula dengan modal RM300 atau RM1,400 lebih. Malah, pelanggan dalam bisnes ini berada di seluruh dunia memandangkan ia menggunakan konsep digital," ungkap Aida sambil berkata belum ada lagi dalam pasaran yang mengaplikasi konsep seperti QM.
Sehingga kini, QM sudah bertapak di 13 buah negara termasuk United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Thailand.
Baca ni 'Mak ladang pahala & rezeki.'Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!
WALK THE TALK
Beliau pada masa sama turut berkongsi bagaimana dirinya bangkit daripada kehidupan yang susah dan perit.
Kini, empunya diri berjaya mengemudi empayar Angel Group dengan peningkatan klien lebih daripada 250,000 orang konsultan.
"Daripada jumlah tersebut, lebih 5,000 konsultan adalah dari Malaysia dan Indonesia. Kita punya misi untuk tiga hingga lima tahun akan datang dapat mencapai lebih 100,000 konsultan dan tiga juta ahli," ujarnya.
Kata Aida, bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kepercayaan ahli dalam bisnes yang dilaksanakannya.
Lebih-lebih lagi untuk memberitahu mereka kenapa perlu pegang emas sebagai aset jangka panjang dan bagaimana pula emas boleh membantu mereka untuk menyelamatkan perbelanjaan?
"Semua ini perlukan masa, usaha yang gigih dan konsisten. Satu pesanan saya, sesiapa yang ingin menjadi konsultan dalam QM, bukan buat sekali anda sudah boleh berjaya. Sebaliknya, kena istiqamah," tegas Aida yang memiliki kelulusan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Malah, Aida turut bersyukur segala titik peluhnya sudah menampakkan hasil.
"Saya cukup berterima kasih kepada suami, keluarga dan anak-anak yang menjadi tulang belakang selama ini. Alhamdulillah, kini kami satu famili buat bisnes yang sama, jadi ke mana-mana kami sentiasa bersama.
"Baik di dalam Angel Group mahupun keluarga, kami percaya dengan konsep Walk the Talk. Kalau kita nak suruh orang buat, kita kena buat dulu. Sebab itu saya percaya Law of Attraction. Saya tunjukkan contoh kepada keluarga dan daripada situ mereka (anak-anak) turut sama menyambung legasi dalam bisnes ini," katanya.
Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
KILANG ROTI DI SYRIA
Pada masa sama, penulis meminta beliau berkongsi idea pembukaan kilang roti di Syria yang dibina sejak dua tahun lepas.
"Kita sebenarnya terpanggil untuk membina kilang roti di Syria secara tak sengaja. Satu hari, rezeki ALLAH nak bagi, kami dapat pergi ke Syria dan lihat mereka tiada makanan. Dengan kata lain, mereka tiada sumber untuk dapatkan wang membeli makanan.
"Selepas pulang dari Syria, tiba-tiba kami dapat tawaran ambil alih kilang roti yang dah tak beroperasi sebab tiada dana. Kami bersetuju dan perbelanjaan lebih kurang RM2.74 juta," katanya.
Dari hati yang terdalam, ujar Aida, pihaknya mengharapkan semua ahli bersama-sama membantu supaya kilang roti tersebut boleh pergi lebih jauh.
Bukan untuk setahun sahaja, sebaliknya kalau boleh sampai bila-bila.
"Inilah salah satu jalan untuk kita sama-sama bantu masyarakat di sana terutama sekali dalam menyalurkan bekalan makanan secara konsisten," ujar Aida sebelum menutup perbualan.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang