BERIKUTAN penahanan reman terhadap seorang pendakwah selebriti malam tadi bagi membantu siasatan kes rogol, nampaknya mendapat kecaman hebat netizen di laman sosial.

Terpanggil untuk berpesan kepada warga internet, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya menasihati netizen agar tidak menyebarkan perkara yang belum pasti.

Menerusi perkongsian beliau di Instagram miliknya, jika benar dakwaan tersebut, biarlah mahkamah menghakiminya.

“Jika benar seperti dakwaan terhadapnya, biarlah mahkamah yang menghakiminya.

“Toksahlah (tak usahlah) kita selongkar kisah-kisah yang patut ditutupi kecualilah ia didedahkan sendiri olehNya.

“Berat sangat mehnah (ujian) dan pancaroba menjadi pendakwah pada usia muda tanpa ‘persediaaan’ yang sebenar dan sebetulnya,”tulis beliau.

PU Syed turut berpesan kepada semua supaya tidak menyebarkan aib orang lain.

“Kita juga ada aib yang Allah simpan, maka untuk itu cukup-cukuplah kita sebarkan keaiban manusia lain dek kerana inginkan sensasi dan panas,” ujarnya.

Iklan

Perkara tersebut mendapat reaksi pengikut yang rata-rata sangat bersetuju dengan beliau.

itiabron – Betul tu ustaz.. siape kita untuk mengadili aib orang. Biarlah pihak yang berkuasa siasat.

amirmohamadsyafiq – Ini yang sebaiknya ustaz. Sangat bersetuju.

noraini76 – Allahu Akhbar semoga kita semua ditutup Aib oleh Allah SWT.

ihanom58 – Benar ustaz. Usah lagi melontar kata keji. Anggaplah setiap kejadian Allah cipta demi mengajar kita. Ambillah sebagai pengajaran, ambillah untuk muhasabah diri.

Baca juga Tuntut permohonan maaf, Da’i Syed mahu saman penyebar fitnah

Iklan

Seorang daripada mereka, @idanazri turut berkongsi lapan cara bersihkan hati iaitu jaga solat fardhu, selalu baca Al-Quran, jangan cari salah orang, tutup aib orang, jangan banding rezeki orang lain dengan kite, sentiasa rasa syukur dan rasa cukup, rajin istighfar dan tundukkan pandangan
serta banyak bersedekah.