KISAH kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai digigit guru menjadi tular di laman sosial.

Perkongsian daripada ibu kanak-kanak berkenaan tentang kelakuan seorang guru lelaki mengejutkan orang ramai.

Berikut kronologi yang diceritakan ibu mangsa:

1-Menurut ibunya, murid berkenaan akan mengalami kesukaran untuk ke sekolah. Malah apabila pulang ke rumah karakternya menjadi muram.

2-Si ibu yang pada awal mengesyaki anaknya dibuli terkejut apabila si kecil berkenaan meminta ditukarkan sekolah.

3-Dakwanya, guru lelaki berkenaan sering menggigit bibir dan menarik panjang sehingga menimbulkan kesakitan.

4-Tidak hanya bibir, guru berkenaan juga dipercayai telah menggigit telinga dan hidung mangsa.

Baca juga: Murid pedalaman tiada internet, guru sanggup redah laluan sukar hantar bahan pembelajaran

5-Lebih mengerikan, dakwa mangsa, gigi guru berkenaan kuning manakala mulutnya hitam. Menerusi video dikongsikan, perkara tersebut juga dipercayai telah berlaku berulang kali berlaku dan turut dialami murid lain.

6-Sebagai ibu, beliau bimbang melihat keadaan anak selepas kejadian yang berlaku Khamis lalu kerana kebiasaannya kanak-kanak berkenaan ceria.

7-Difahamkan ibu berkenaan telah berjumpa pihak pentadbiran sekolah dan akan mengambil tindakan undang-undang di atas apa yang berlaku.

8-Katanya, pihak sekolah tidak menyebelahi guru berkenaan dan akan mengambil tindakan secara keras kepada tertuduh secara berperingkat selaras dengan prosedur.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

9-Menurut ibu kepada empat orang anak itu, beliau tidak akan memindahkan anak ketiganya ke sekolah lain tetapi berharap pihak pentadbiran dapat menukar guru berkenaan yang berusia 40-an tersebut ke tempat lain.

10-Menyedari trauma yang dilalui anak, ibu berkenaan telah membawa mangsa mendapatkan kaunseling untuk memulihkan kesihatan mental.

11-Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.

Iklan

12-Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti berlaku.

Jangan ambil ringan kesihatan emosi yang dialami si kecil kerana pengalaman trauma semasa zaman kanak-kanak boleh mempengaruhi perkembangan dan masa depan mereka.

Jadi, sebagai ibu bapa mahupun ahli keluarga, pasti berasa bimbang apabila memikirkan keselamatan si cilik seandainya ada yang mempunyai niat tidak baik.

Pekalah kepada perubahan kelakuan mereka dan sentiasa amalkan komunikasi dua hala yang seimbang. Semoga kes ini menemui penyelesaiannya dan menjadi pengajaran.

Baca juga: Didik anak sentuhan selamat, elak gangguan seksual kanak-kanak

Iklan

Sumber: Bernama, Eyma Zaideen

KRedit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!