EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) melalui Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di negara itu, mengambil inisiatif ‘turun padang’ bagi mengagihkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di Pahang.

Misi bantuan itu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah memfokuskan beberapa daerah yang terjejas teruk, antaranya Pekan, Kuantan, Bera, Maran, Temerloh dan Lipis.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Aisyahakhtar turut berkongsikan beberapa keping foto yang mana kelihatan wakil dari UAE dalam perjalanan untuk memberi bantuan dan aktiviti mereka ketika di sana.

Namun caption mengelirukan gadis itu membuatkan warganet turut bingung apabila gadis itu mendakwa wakil UAE itu adalah dari kedutaan Palestin.

“Selalunya Malaysia je kan hantar bantuan ke Palestin, tapi hari ini kedutaan mereka datang ke negara kita untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pekan, Pahang. Semoga Allah merahmati kamu semua,” tulisnya.

Setelah beberapa komen ditegur oleh warganet gadis itu juga mengakui telah tersilap pandang disebabkan dia mendakwa bendera mereka seakan sama.

“Ok its missunderstanding, kedutaan UAE yang datang hulurkan bantuan. Im so sorry sebab bendera dia nak dekat sama. But its good news juga kan,” ciapnya lagi bagi membetulkan semua keadaan.

Sementara itu, memetik laporan portal media tempatan, Duta UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith berkata, misi tersebut yang bermula 12 Januari lepas segera dilaksanakan selepas mendapat arahan Putera Mahkota Abu Dhabi, UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dengan tindakan susulan Ketua PBSM UAE, Sheikh Hamdan Zayed Al Nahyan.

Beliau berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan bebanan dihadapi mangsa banjir setelah mengharungi waktu yang mencabar.

Iklan

Bukan duta Palestin yang datang hulur sumbangan mangsa banjir, gadis keliru dengan bendera UAE

“Pasukan UAE itu telah mengagihkan keperluan asas penting termasuk barangan makanan, tilam, selimut, bahan pencuci, lampin bayi, kain sarung untuk lelaki dan wanita serta beberapa peralatan elektrik.

“Seramai 52,000 mangsa dan dianggarkan kira-kira 7,500 keluarga mendapat manfaat daripada bantuan ini,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Al-Ghaith menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kerajaan Negeri Pahang kerana memudahkan urusan pasukannya dalam mengagihkan bantuan itu.

Beliau turut memuji penyelarasan dan kerjasama pelbagai agensi negeri itu, khususnya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.