Bukan lagi menteri, Dr Zulkifli mahu lebih aktif di YouTube, Twitter Spaces

No Image Caption
A
A
A

"MUNGKIN selepas ini saya lebih aktif di YouTube Channel dan Twitter Spaces!"

Begitulah yang diumumkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di Twitter miliknya semalam.

Beliau kini memulakan kehidupannya sebagai 'rakyat biasa' dengan aktif di laman sosial.

Menurut ciapan tersebut, beliau mahu lebih aktif di saluran YouTube dan Twitter.

Selain itu, Dr Zulkifli turut mengatakan akan kembali menulis buku.

"Kembali menulis buku, menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama," coretnya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf atas segalanya selama berkhidmat.

"Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang 17 bulan dan enam hari ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua," luah beliau.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dr Zulkifli sembuh Covid-19, fokus bantuan kawasan PKPB

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong dan menyambut baik perancangan beliau.

Kata mereka;

"Dr lebih sesuai berada dalam institusi mufti, lebih banyak manfaatnya saya rasakan."

"Insya-ALLAH tuan akan lebih dihormati dengan cara ini dan tidak lagi disakiti."

"Alhamdulillah… terima kasih datuk dr. Banyak perubahan yang dibawa. Semoga ALLAH SWT kurniakan kesihatan terbaik untuk dr berkongsi ilmu agama dengan kami di alam maya."

Baca juga [VIDEO] Imbas kenangan kedai legend pintu papan, duit pun masih simpan dalam tin besi ikat tali

"Mungkin ini lagi baik tuan, terima kasih atas sumbangan tuan selama berkhidmat."

"Terima kasih ustaz atas sumbangan… semoga kembali lebih aktif dalam lapangan dakwah."

Sehingga kini, akaun Twitter Dr Zulkifli mempunyai hampir 510,000 pengikut dan telah membuat lebih 19 ribu

ciapan.

Terdahulu, Dr Zulkifli bersama anggota jemaah kabinet meletak jawatan pada Isnin susulan perletakan jawatan

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca