Bukan setakat bonus raya dua bulan gaji, majikan ini beri hadiah rumah dan kereta percuma kepada pekerja

A
A
A

MENJELANG Aidilfitri, mesti ramai menanti-nantikan bonus raya daripada majikan tak kiralah mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Tipulah kalau kalian tak senyum sampai telinga jika duit dalam akaun bulan ini ada lebihan ganjaran berupa wang tunai. Boleh buat belanja balik kampung. Betul tak?

Pun demikian, tuah kalian barangkali tak boleh lawan dengan imbuhan yang diterima dua pekerja yang diraikan dengan hadiah luar biasa.

Perkongsian berita gembira yang didedahkan Sunny Seow dalam akaun Facebooknya mencetuskan rasa syukur dalam kalangan netizen.

bonus raya

Mana tidaknya, ahli perniagaan tersebut memberi gaji dua bulan sebagai bonus raya selain cuti selama seminggu kepada dua pekerja yang berbangsa Melayu.

Tak cukup dengan itu, sumbangan berbentuk rumah dan kereta diberikan kepada pekerja tersebut sebagai tanda penghargaan kerana sudah berkhidmat selama 12 tahun.

 

Menurut Sunny, kedua-dua pekerja tersebut sanggup bekerja keras bermula dari bawah untuk mencapai tahap sekarang.

Kalau dulu, mereka diberi gaji 900 yuan (RM600) sebulan, namun kini kedua-dua lelaki tersebut dikatakan memperoleh bayaran sebanyak 5,000 yuan (RM3282.50) sebulan. Fuh, banyak tuh!

“Mereka baru berusia 16 tahun ketika menyertai pasukan saya dan sudah diberikan rumah dan kereta untuk membantu hidup mereka.

bonus raya

“Sekarang ini, salah seorang pekerja sudah ada keluarga dan anak. Jadi, saya terpanggil untuk bantu memudahkan hidup mereka dan keluar daripada kemiskinan,” katanya.

HARGAI KESETIAAN

Selain itu, Sunny juga berterima kasih kepada pekerjanya itu atas kesetiaan sepanjang memberi servis selama 12 tahun kepada syarikat.

“Mungkin apa yang mereka dapat tak banyak, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu,” katanya yang turut mengucapkan maju jaya kepada kakitangannya.

bonus raya

Mesti ramai yang teruja, tak kurang juga yang cemburu dengan ganjaran yang diterima yang bukan kaleng-kaleng.

Baca juga ‘Terbaik punya majikan’, Khairul Aming beri bonus & belanja staf baju raya buat ramai kagum

Baca juga Cuti, bonus sebulan gaji, instafamous Hafiz Mahamad buat kejutan untuk staf lepas terima dua anugerah

Moga lebih ramai majikan yang prihatin dan mengambil inisiatif untuk menggembirakan hati staf.

bonus raya

Bukan apa, dengan imbuhan sedemikian boleh membangkitkan semangat pekerja untuk lebih berkerja keras demi memajukan organisasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca