'Twin 1 is a boy and twin 2 is a girl. Allahuakbar'. Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina dapat kembar lagi

A
A
A

SEBELUM ini pasangan bahagia ini sudahpun dikurniakan empat cahaya mata termasuk pasangan kembar.

Beberapa hari lalu pula, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos mengumumkan berita gembira mengandung lagi anak kembar.

Lebih mengujakan, janin kembar sudah berusia kira-kira 22 minggu dalam kandungan itu merupakan seorang lelaki dan satu lagi, seorang perempuan.

Dalam pada itu Dr Sheikh Muszaphar memohon semua mendoakan kesejahteraan isteri tercintanya itu.

@drsheikhmuszaphar

Pic - Antenatal Scan today

Alhamdulillah - it’s a pair .

A Boy and A girl .

Truly excited ...

Dr Halina is 22 weeks pregnant now .

Still a long way to go ...

Do pray for her well being Everyone .

Amiinn ....

Love As Always ...

PS - The twins are laying side by side .

@drhalina

Twinning in hot pink with my obgyn Dr @fara.azura today!! Both babies are looking good at 22 weeks old. Twin 1 is 485g and twin 2 is 458g. Mommy punya berat... toksah cakap lah ?

.

Im just so grateful and humbled with the news we received today.. inshaAllah, twin 1 is a boy and twin 2 is a girl. Allahuakbar!

Itu perkongsian Dr Sheikh Muszaphar, 48, dan Dr Halina, 39, beberapa hari lalu.

Hantaran berkenaan mendapat banyak respons daripada warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Sebelum ini pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki bernama Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tujuh tahun.

Selain anak kembar lelaki, mereka juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.

Pasti kehadiran kembar baharu ini akan menambah keceriaan dan kebahagian dalam keluarga ini. Apa tidaknya, Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini juga berkongsi beliau teruja kerana memang mahukan ramai anak.

Barangkali ibu-ibu di luar sana boleh mengambil semangat Dr Halina. Untuk pengetahuan beliau tetap gigih bekerja sebagai petugas barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19 lalu.

Moga dipermudahkan urusan Dr Halina sepanjang berbadan dua ini dan berbahagia di samping Dr Sheikh Muszaphar serta anak-anak mereka yang comel. -AG

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca