TIADA siapa yang minta dilahirkan tidak sempurna.

Setiap insan haruslah bersyukur dengan bentuk raut wajah dan fizikal kurniaan Allah.

Apatah lagi dalam Islam, kita turut dilarang menghina apa sahaja cacat cela melibatkan tubuh badan manusia lain umpamanya masalah suara, sumbing,  telinga dan sebagainya yang ditakdirkan oleh Sang Pencipta kepada seseorang.

Seperti yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila diejek teruk ketika membuat sebuah video ‘live’ di TikTok baru-baru ini.

Gadis yang dikenali Sobah Rajaai itu amat kecewa dan terkilan apabila netizen sanggup membuat kecaman sebegitu terhadapnya.

Yang paling menyedihkan, warganet turut menghina keluarganya termasuklah kepada arwah bapanya.

Terbaru, seorang jurusolek, Syakirah Syabari tampil berkongsikan video solekan dan foto terhadap wajah Sobah Rajaai.

Hasilnya, Fuh! Sangat cantik!

Cantik! Mua bantu mekap gadis mangsa 'Face Shaming' ketika live

Iklan

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Syakirah Syabari turut berkongsi foto perubahan wajah gadis tersebut dengan mengenakan solekan yang sangat menawan.

Sesi solekan berkenaan turut dirakam secara ‘live’.

Baca juga [VIDEO] Adik ‘cakap besar’ tak takut berkhatan, akhirnya lain pula yang jadi

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji hasil solekan tersebut.

Lynda Lynn – Nanti orang-orang yang kecam dulu tu menangisla sebab tengok Sobah dah bangkit.

Nor Liana Othman – Transform hat ni baru betoi. Terbaik lah!

Furchell Ij – Perghhh glow up ! Cantik gila dia ni.

Nurul Nadia – Elok namati ni.. Kalau aku tranfom jadi elok supa dia jugak pa nuh.

Schasa Shahira Syira – Comel sangat padam muka yang suka hina maki akak ni. Tak baik hina orang.

Sumber: Syakirah Syabari, Sobah Rajaai