'Cantiknya, rasa tercabar tengok gaya mak cik.' Usia 62 tahun masih lincah bermain kasut roda, ramai teruja lihat aksi wanita ini

A
A
A

AKSI lincah wanita berusia 62 tahun yang ligat bermain kasut roda dengan wajah bersahaja meraih perhatian ramai warganet di platform media sosial sejak dua tiga hari ini.

Benar, usianya bukan 26 tahun ya, tetapi 62 tahun! Macam tak percayakan?

Perlakuan empunya diri yang dikenali sebagai Hanim Mohamed Alias beraksi santai menerusi satu video telah dimuat naik menerusi akaun TikTok @hananrahman86 yang juga anak kepada wanita tersebut.

Baca ni 'Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.' Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya 'tawan' puncak KLCC

Rata-rata warga maya melahirkan rasa kagum dan teruja melihat kelincahan Hanim beraksi bebas meluncur laju tanpa sedikitpun rasa kekok.

SinarPlus berkesempatan menemu bual anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Hanan Abdul Rahman.

Menurut beliau, ibunya memang pandai bermain kasut beroda dan juga luncur ais sejak kecil lagi.

Baca ni 'Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.' Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

"Ibu mula belajar bermain kasut beroda ketika usianya 11 tahun dan kali terakhir beliau bermain adalah sewaktu zaman remaja.

"Arwah atuk yang belikan kasut roda dan ibu juga pernah memasuki pertandingan kasut beroda anjuran Majlis Daerah Teluk Intan. Malah, ibu juga menang tiga kali berturut-turut dalam pertandingan tersebut," kongsi Hanan yang juga seorang pengacara televisyen.

Ditanya akan penerimaan ibunya usai aksinya mengundang perhatian ramai, kata Hanan, ibunya agak malu-malu dan tidak menyangka video tersebut akan tular dalam media sosial.

Melihatkan gayanya yang cergas dan sihat, membuatkan SinarPlus tidak melepaskan peluang meminta tip dengan wanita kelahiran Teluk Intan, Perak itu dalam penjagaan kesihatan.

"Ibu selalu amalkan pengambilan madu asli dan juga minyak zaitun setiap hari. Pada masa sama, ibu juga rajin minum jus buah-buahan yang dibuat sendiri. Biasanya ibu akan kisar tanpa gula," ulasnya lagi.

Sementara itu, SinarPlus turut menjengah beberapa komen daripada warga maya yang dikongsikan menerusi laman TikTok berkenaan.

Berikut antara komen yang dilontarkan:

"Alhamdulillah. Mak saudara masih sihat. Mesti waktu muda cantik. Dah 62 tahun pun masih cantik."

"ALLAH mak cik, rasa tercabar saya dengan mak cik."

"Masya-ALLAH, cantiknya macam tak percaya."

"Mak cik sebaya ibu saya. Boleh kongsikan tip macam mana boleh nampak sangat sihat dan bertenaga?."

"Geng 60-an, 70-an memang biasa main kasut beroda."

"Respek geng warga emas. Jangan pandang rendah keupayaan ibu-ibu kita ye."

"Benda ini zaman emak-emak kita. Dahulu di Klang siap ada tempat khas, gelanggang kasut beroda macam disko."

Sumber: TikTok @Hananrahman86

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca