Kucing dibunuh kejam: Ini cara simpan, bungkus bangkai untuk dijadikan bukti

A
A
A

KEJADIAN haiwan diperlakukan dengan kejam kini semakin menjadi-jadi. Terbaharu, semalam lagi insiden menyayat hati apabila tiga ekor kucing dimasukkan ke dalam mesin dobi oleh pelaku dalam kejadian di Kepong, ibu negara.

Perbuatan yang dilakukan hingga mencabut nyawa ketiga-tiga ekor haiwan yang tidak bersalah itu hingga mengundang kemarahan orang ramai yang berharap tindakan lebih berat dikenakan terhadap pelaku agar kejadian tidak berulang.

Akan tetapi, untuk memastikan pelaku kejam terhadap haiwan didakwa, haruslah ada kaedahnya supaya golongan tiada hati perut ini tidak terlepas begitu sahaja.

Perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), ini diharap dapat dijadikan panduan.

Terdahulu, Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika menunjukkan tiga ekor bangkai kucing yang dibunuh kejam secara memasukkan ke mesin basuh dobi di Desa Aman Puri Kepong Kuala Lumpur sudahpun selamat disimpan.

"Kesemua bangkai kucing malang ini telah diambil oleh petugas penyiasat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS) malam tadi kira-kira jam 10.30 malam.

"Ketiga-tiga bangkai kucing malang ini dibawa ke Makmal Forensik DVS di Shah Alam Selangor untuk siasatan," katanya.

Tiga ekor bangkai kucing malang itu yang sudah dibungkus dan rakaman CCTV pelaku.

Menurutnya, saksi kejadian itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Desa Jaya Kepong pada jam 10.30 pagi hari kejadian dan kelibat kehadiran Anggota Pasukan Penguatkuasaan DVS Negeri Selangor bertindak dilihat ke lokasi selepas 12 jam laporan dibuat.

"Terima kasih DVS Selangor kerana sudi turun ke lokasi untuk jalankan siasatan " katanya.

Dalam pada itu, kongsi Arie bagi membantu menangkap pelaku untuk kes pembunuhan haiwan, orang ramai dinasihatkan simpan dan bungkus rapi bangkai haiwan dalam peti pembeku.

Jika tiada pembeku. Masukkan bangkai dalam mana-mana kotak gabus atau bekas kedap udara dipenuhi ais supaya bangkai bukti tidak rosak sementara menunggu pihak DVS datang membuat siasatan.

Sudah ditahan

Beberapa jam lalu, suspek dipercayai membunuh tiga kucing berkenaan dilaporkan sudahpun ditahan.

Tular tentang suspek lelaki terbabit dikatakan sebenarnya kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya.

Seorang wanita dalam viral berkenaan mendakwa kebiasaannya lelaki itu akan merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan Kepong dan selalunya tidur di parkir di kawasan perumahan sekitar.

Apa pun siasatan masih dilakukan. Jika didapati bersalah, moga individu terbabit mendapat hukuman setimpal. Apa pun moga kita mengambil iktibar. - AG #JanganPutusAsaMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca