Che Puan Khaleeda kongsi pengalaman melahirkan anak pertama curi perhatian ramai

ISTERI Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam baru-baru ini berkongsi pengalaman melahirkan anak.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok @khaleedabustaman94 curi perhatian ramai.

Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak lebih 477 ribu dan hampir 16,000 ribu tanda suka.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Puan Besar Khaleeda menjawab soalan yang ditanya pengikut di Instagramnya mengenai sakit bersalin anak pertama.

Namun jawapan yang diberikan oleh Che Puan Khaleeda meraih perhatian ramai.

“Contraction teruk tak masa nak bersalin anak pertama?”- Soalan diajukan pengikut.

“Pengalaman merasainya tidaklah teruk sangat namun rasa sakit itu seperti kena langgar dengan lori, kemudian patah balik dan langgar lagi,” jawab beliau.

Baca juga Che Puan Khaleeda manis, elegan berbaju kurung songket tabur

che puan khaleeda
che puan khaleeda

Menjengah ruangan komen, rata-rata meninggalkan perasaan yang sama dialami mereka ketika melahirkan anak.

“Betul masa active labour memang rasa macam tu, saya pun akan bagi jawapan yang sama kalau orang tanya.”

“Hahahaaha sebijik macam saya jawab cakap dekat suami lepas bersalin. Pinggang rasa macam kena langgar dengan lori masa contraction datang.”

“Wehh sebijik aku cakap kat husband lepas bersalin. Rasa macam kena lenyek lori. Haha.”

“Saya baru semalam rasa contraction tu, alhamdulillah dipermudahkan tapi lepas bersalin masa beby menyusu je datang rengat sakitnya macam contraction.”

Iklan

Baca juga Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Johansson Petra selamat lahirkan anakanda pertama

“Macam dipukul dengan kayu sebesarnya rasa dia. Perut tak sakit pinggang sakit.”

Apa-apa pun, semoga setiap suami menghargai isteri mereka yang telah penat lelah sakit melahirkan anak.

Iklan

Semoga kita semua diberikankan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!