KEADAAN agak sesak di lebuh raya dengan pertambahan bilangan kenderaan awal Syawal lalu, pasti ramai menganggarkan sebahagian mereka mahu pulang berhari raya bukan?

Ramai yang memaki hamun dan tidak kurang juga tidak berpuas hati dengan sebahagian pengguna jalan berkenaan kerana mendakwa mereka tidak patuh arahan supaya mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ya, mungkin ada kalangan mereka yang ingkar. Begitupun, ada sebahagian mereka yang ‘terpaksa ingkar’ arahan berkenaan disebabkan ‘terpaksa’.

Selain alasan yang boleh diterima iaitu kerana adanya kematian orang tua di kampung, bertugas di luar daerah dan lain-lain yang memerlukan, satu lagi alasan yang ‘menyayat hati’ adalah kerana diberhentikan kerja.

Itu perkongsian seorang frontliner yang juga pengguna laman Twitter dikenali sebagai Jan @janthegreatt sejak 22 Mei lalu yang berkongsi ciapan status berkaitan hingga tular hingga ke hari ini.

“Aku jaga roadblock dekat tol gombak masuk ke LPT. Kebanyakan surat rentas negeri atas alasan diberhentikan kerja. Aku doakan korang dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..” tulisnya.

Status berkenaan mendapat 14.7K Likes dan 11.6K Retweets serta ditularkan banyak page Facebook.

Ciapan Jan @janthegreatt sejak 22 Mei lalu yang tular hingga ke hari ini.

Runtun hati

Sesungguhnya ciapan itu meruntun hati ramai netizen dengan komen-komen dan perkongsian yang agak menyayat hati dengan keadaan semasa yang perlu dihadapi oleh masyarakat masa kini kerana banyak syarikat terpaksa gulung tikar dek angkara Covid-19.

Berikut antara komen warganet di page Saje Share susulan perkongsian @janthegreatt itu:

Salah sorg nya aku 😔 moga² lepas pkp dpt kerja yg lebih baik.. mungkin ada hikmah sebalik semua ni.. meskipun hati sebenarnya belom move on dgn tmpt lama.. hmmm

Itula,kadang x smua org sama…ini nitizen asal nmpak je jem ingat org saje2 nk rempoh rodblok nk balik kg beraya..padahal org ada 1001 masalah lain..
Kot balik nk tgk org tua uzur ke,anak bini ke..udah2 la tu sikit2 nk kecam org x tentu hala

Yang klik icon ketawa itu, bahagia ya lihat orang lain susah dan menderita?

Kesiannyaa, kawan2 aku yang kerja Genting ramai yang kena buang 😭😭😭😭

Ramai ye yg kne diberhentikn kerja..bila lah nk berakhir virus ni..mereput kt umah xde kje..fuuuhh pening btol..sabar je la sahabt semua..doa yg baik baik..semoga kita semua diberikan rezeki yg melimpah ruah..amin..

Bersangka baik, mungkin Allah nak bagi rezeki yg lebih baik, semoga diberi kekuatan untuk semua.

Insya Allah rezeki Allah tu luas. Semoga yg diberhentikan kerja tu dimurahkan rezeki utk dpt keje lain lepas ni.

Betapa berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Semoga rakan2 yg diberhentikan kerja tabah dengan dugaan Allah. InshaAllah ada hikmah yg berlaku.

Kawan2 dari genting ke tu yang dah turun 😭, moga dimurahkan rezeki buat semue

Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki utk rakyat malaysia..😔

Waktu waktu begini, brotherhood penting. Look around you and offer helps, they need it. Tak kira mereka yang bekeluarga atau bujang.. show up and reach out

Iklan

Suami sy salah seorng yg dbhentikn kerja…tp blik ke utara…15/3 last 18/3 pkp…ni br dpt kelulusan rentas negeri

Semoga dipermudahkan dipercepatkan hilangnya covid19 dan ekonomi kita kembali pulih.. Supaya peluang pekerjaan kembali terbuka… Covid kita boleh lawan.. Ekonomi kita boleh bina

Percaya pd allah…maha pgasih,maha penyayang…rezeki ad di mana2…jgn putus asa nk cari kerja baru..

Kita doakan supaya mereka dpt cari kerja….

Allahuakbar..kesian nye

Mmg pun… Neh ada lg Otw sedara ckp company dia pun nak buang orang

Iklan

Yang dah pernah dibuang kerja jer tau macam mana perasaan ketika itu…macam mana reaksi pasangan kita nanti bila kita sampai kat umah kita dah tak bekerja lagi dan terpaksa cari kerja baru…tambah lagi masih ada loan yang belum langsai abis….aku bukan aper..sebab aku pernah mengalami…dekat seminggu aku merahsiakn hal itu dari isteri aku…secara slow slow aku ceritakan pada dia…tak sanggup aku ingatkan reaksi wajah nya ketika itu..

ramai kene buang kerja.. temasok la saya sendiri..
huhu

betul… aku ade 2 org kawan kene behenti sbb pkp… nk tlg pun kite kuli jugok…

ramai kena buang kerja. Jaga periuk nasi skrg
Betol.. Kwn aku balek trus.. Ckp tmat kontrak.. Rupenye dh benti.. Time pkp pkse keje sume bagai.. Dh2 dpt gaji sparuh.. Ot xde sume xde.. Lepas 2 hari gaji bru dpt memo. 😒
Skang ade kt kg. Smoge dpermudahkan sumenye

Adakah ramai lagi yang akan senasib dengan mereka sehingga terpaksa pulang ke kampung hingga melanggar PKPB ini? Wallahualam.

Doa SinarPlus semoga ALLAH memudahkan mereka yang terjejas dek Covid-19 ini. Kembali dapat peluang dan sumber rezeki yang lebih baik. Aamiin… -AG #rantaiankasih