SEBELUM ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) memohon dirinya diberi ruang untuk mengulas lanjut berkaitan bekas suami menuntut hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) terhadap anak-anak.

Dengan itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 15, berkata, dia cuma berharap bapanya yang dipanggil ‘abah’ itu benar-benar sudah berubah.

Katanya, dia tidak ada masalah untuk berjumpa abahnya namun bermalam macam yang dinyatakan dalam tuntutan Hadhanah itu, kemungkinan tidak.

Menurutnya, dia okey sahaja jika abahnya mahu berjumpa tetapi sangat berharap ayah kandungnya itu benar-benar sudah berubah dan kalau dia dah berubah, dia mahu tunjukan bukti kepadanya dahulu.

“Tak mahulah macam dulu, jumpa saya tapi lepas tu suruh minta duit kat mama,” katanya kepada sebuah portal tempatan.

Baca juga Datuk Vida masih terkejut dan keliru, mohon beri ruang bertenang

DSV sebelum ini turut akui dirinya masih terkejut dan keliru.

Beliau turut mengatakan apa yang dilakukan semua demi keselamatan anak-anak.

Iklan

Beliau turut akan maklumkan lebih lanjut tentang perkara itu selepas mendapat sedikit ketenangan.

Mohd Amin dan DSV berkahwin pada tahun 2000 dan perkahwinan itu tersebut bertahan selama lapan tahun.

Iklan

Sepanjang tempoh tersebut mereka dikurniakan empat orang anak iaitu, Nur Edlynn Zamileen, Muhammad Eric Zecquan, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.

Namun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri terkorban dalam kebakaran yang berlaku di kediaman DSV di Ipoh, Perak pada tahun 2013.