EKORAN bekas suami menuntut hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) memohon dirinya diberi ruang untuk mengulas lanjut perkara itu.

Sebuah portal tempatan melaporkan, DSV atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr Hamizah Othman walau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit.

Katanya, beliau sendiri turut terkejut dan keliru.

Menurutnya, cuma apa yang beliau boleh katakan, apa yang lakukan ini semua demi keselamatan anak-anak.

Beliau akan maklumkan lebih lanjut selepas mendapat sedikit ketenangan.

Artikel menarik: Sagopop Kapten Akram viral, pengganti rezeki yang hilang

Selain itu, DSV turut memohon maaf dan berharap agar semua pihak memahami situasi dihadapi beliau sekarang ini.

Iklan

Terdahulu bekas suami DSV, Mohd Amin Yasin, yang diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu, semalam.

Mohd Amin mendakwa kali terakhir bertemu anak-anaknya Nur Edlynn Zamilleen (Cik B), 15, dan Eric Zaquan (Kacak), 13, ialah pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya berlangsung selama 15 minit sahaja.

Mohd Amin dan DSV berkahwin pada tahun 2000 dan perkahwinan tersebut bertahan selama lapan tahun.

Iklan

Sepanjang tempoh tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Nur Edlynn Zamileen, Muhammad Eric Zecquan, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.

Namun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri terkorban dalam kebakaran yang berlaku di kediaman DSV di Ipoh, Perak pada tahun 2013.