Cikgu Nancy buat hal lagi, tampil lengkap gaya 'Spiderwomen'

A
A
A

DEMI menarik perhatian pelajar untuk menyertai kelas online, SinarPlus percaya ramai guru-guru

membuat pelbagai inisiatif.

Begitu juga dengan guru Bahasa Melayu STPM, SMK Merbau Miri, Sarawak, Cikgu Nancy Thomas ini.

Sebelum ini, Cikgu Nancy Thomas ini pernah tular di laman sosial apabila mengenakan busana tradisional India berwarna unggu keemasan ketika mengajar kelas online.

Selain itu, beliau juga ada mengenakan busana Orang Ulu, Kaum Kayan ketika mengajar kelas

Bahasa Melayu.

Kongsi beliau, menariknya pada kelas-kelas sesi lalu, pelajar turut ‘request’ baju untuk

kelas-kelas seterusnya.

Katanya, untuk menggembirakan pelajarnya sepanjang kelas berlangsung, Cikgu Nancy turuti sahaja permintaan mereka.

Jika sebelum ini pelbagai baju etnik Malaysia digayakan, nampaknya kali ini beliau tampil membuat kejutan dan kelainan apabila berpakaian lengkap kartun Spiderman.

Cikgu Nancy buat hal lagi, tampil lengkap gaya 'Spiderwomen'

Kongsi di Facebook miliknya,"Cikgu Murni masih berada di luar kawasan. Superwoman pula terpaksa balik ke planet Krypton bagi membantu Kal-El. Tak apa, ada Spiderwoman pula yang masuk 'sit in' kelas Google Meet Cikgu Murni hari ni. Benda boleh bincang."

Perkongsian itu ternyata mencuri perhatian warganet yang sehingga kini telah mendapat lebih 200

perkongsian.

Baca juga Siri animasi Ejen Ali kini di platform Tencent Video di China

Rata-rata mereka memuji dan berbangga atas usaha guru itu untuk menarik perhatian pelajar

sangat luar biasa.

Bukan itu sahaja, Cikgu Nancy turut menceritakan di sebalik tabir kostum 'super hero' serta semua busana tradisional yang digayakan sebelum ini.

Cikgu Nancy buat hal lagi, tampil lengkap gaya 'Spiderwomen'

Katanya, pak cik Werry Lipi iaitu suaminya yang melukis corak itu di mukanya.

"Pak cik Werry Lipi cadangkan muka saya dilukis sebab saya tak dapat mengajar pakai topeng, tak dapat baca nanti. Masa melukis 35 minit. Kami pakai bahan yang ada kat rumah saja.

"Sejak awal kemunculan cikgu Murni, semua pakaian tradisional adalah koleksi peribadi. Namun ada tiga yang dipinjam iaitu, Busana Dusun Tanana, Sabah, Busana Bidayuh dan Busana Lun Bawang. Yang lain koleksi saya sendiri.

"Semua saya bersolek sendiri. Tak kemas dan tak cantik mana pun sebab saya bersolek asal ada warna dalam skrin.

"Pakaian superhero yang saya pakai ini adalah koleksi suami. Saya dan suami suka ikut tema majlis atau tema larian. Daripada tersimpan dalam kotak, baik guna kan.

"Saya pakai apa yang ada di rumah je ni. Harap-haraplah jangan bersambung sampai tahun depan pengajaran dan pembelajaran dalam talian ni. Nanti abis daun rumbia, pokok pisang, pokok kantan, saya buat kostum pula," selorohnya.

Wah! Seronoknya pelajar-pelajar Cikgu Nancy!

Cikgu Nancy buat hal lagi, tampil lengkap gaya 'Spiderwomen'

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca