KAEDAH Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian bagi menggantikan interaksi secara berdepan di dalam bilik darjah, pastinya satu-satunya cara yang paling selamat ketika wabak Covid-19 ini.

Namun begitu, terdapat pelbagai halangan khususnya kepada pelajar yang tidak mempunyai capaian internet atau hanya capaian yang lemah terutamanya mereka yang tinggal di
kawasan luar bandar atau daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Pelbagai usaha kaum pendidik untuk memastikan pelajarnya dapat belajar secara online di rumah walaupun kegigihan mereka sering diperkecilkan oleh sesetengah individu.

Seperti yang terjadi kepada seorang bapa kepada pengguna Twitter Nuha @skinleas ini.

Gadis itu berkongsi yang bapanya telah membuat kelas online namun tidak ada seorang pelajar pun yang masuk.

“Tengok la ni Abi sorang je, kelas Abi bermula jam 8.30 pagi tadi sekarang jam 9.00 lebih tapi takda siapa masuk.

“Kesiannya Abi, dia buat kelas, budak-budak dia sorang pun tak masuk. Sampai Abi nak kena telefon seorang-seorang, itu pun mereka tak angkat. Mereka tahu Abi akan call mereka kalau waktu hari ada kelas dan mereka matikan telefon.

“Lepastu ada yang kata mereka kerja, sebab tu tak boleh masuk kelas. I cant imagine sebab diaorang nak SPM tau tahun ni tapi kerja?,” tulisnya.

Jadi untuk menghiburkan hati ayahnya, gadis itu turut serta dalam kelas online tersebut.

Iklan

“I nak gembirakan Abi, I yang join class Abi. Nampakla Abi gelak sikit.

“Abi link kan laptop dia dengan TV. Jadi kami boleh tengok la Google Meet tu kat TV. Kadang-kadang dia bosan tunggu anak murid dia masuk class dia buka lagu klasik nasional pastu dia nyanyi depan laptop sambil makan jagung.

“Abi jadi nak nangis sebab Abi teruja minta kami ajar macam mana nak buat kelas guna Zoom dan Google Meet.

“Tapi bila dia dah buat takda siapa masuk itu yang jadi macam sebak tu, sebab kita je tahu macam mana muka dia excited masa dia minta kita ajar dia buat tu,” ceritanya.

Baca juga [VIDEO] “Kampung mu tak ada” Lelaki kongsi rakaman banjir curi perhatian warganet

Iklan

Perkongsiannya menjadi tarikan warganet dan mendapat lebih 2800 ulang kicau serta 5300 tanda suka.

Kata mereka;

ي@sffyh_ – Bagi sesiapa yang mak ayah dia guru dan ada masalah yang sama (budak taknak masuk kelas), silalah letak link Google Meet/Zoom/Webex tu di sini. Warga Twitter boleh join untuk hiburkan hati mak ayah awak.

@syazwanihanafii – I really understand this situations, but ada students yang memang takda internet and kemudahan like phone or laptop untuk study online class.

@syazwanihanafii – All teachers are heroes! Banyak sudut yang perlu dititik beratkan. University system totally lain, tak masuk kelas repeat la sem depan but school not.

qerel – Kalau sesetengah tu ada masalah line takpa gak. Bagitau cikgu takleh masuk tapi kalau selalu tak masuk ni kena tunjuk effort. Yang memang malas nak masuk kelas sampai tak tunjuk muka ada. Cikgu ingat dia takda dalam kelas tapi ada.

Mohamad Zulhafiz – Sekurang-kurang wassap cikgu dan nyatakan sebab kenapa tak boleh join.