BENAR orang dewasalah yang menjadi contoh dan ikutan pada anak-anak. Lazimnya apa yang dilihat oleh si kecil di depan mata, itulah yang akan diteladani dan diingatinya.

Seperti drama bersiri Melayu yang sedang trending menjadi sebutan akhir-akhir ini, 7 Hari Mencintaiku, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang tular.

Bukan sahaja yang dewasa ternanti-nanti episod itu pada setiap hari tayangannya, yang pasti si anak pun ikut sekali.

Menariknya, drama yang sarat dengan kisah pengajaran itu turut dapat ‘ditangkap’ oleh anak kecil. Lihat sahajalah video keletah adik ini yang tular di media sosial, dengan meraih hampir 30k perkongsian sejak semalam hingga hari ini.

Rakaman adik kecil ini ketika berborak dengan bapanya sambil mengulas tentang aksi pelakon dan pengajaran dalam drama tersebut memang ‘best’.

Dengan memek muka dan nada suaranya yang bersahaja, sempat si anak ini ‘menasihati’ papanya. Lihatlah perkongsian video si comel ini:

Iklan

Iklan

“Papa jangan pukul-pukul. Papa kena cakap elok-elok dengan anak-anak… dengan bini,” antara dialog adik ini yang mencuit hati rata-rata warganet.

‘Win’ sungguh pesanan adik ni kan… Bapa-bapa take note ya! -AG