SEBAGAI tanda penghargaan buat individu penting yang berjuang melawan wabak Covid-19, seorang pelukis mural anak kelahiran Terengganu telah mengabadikan gambar beberapa pejuang negara.

Pelukis mural, Suhaimi Ali telah berkongsi hasil karya di laman Facebook miliknya beberapa hari lalu.

Antaranya sudah tentulah KDYMM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak ketinggalan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang kini menjadi kesayangan ramai.

Covid-19: Anak Terengganu lukis mural frontliner negara tanda terima kasih

Antara lakaran wajah lain yang turut kelihatan adalah wajah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini terkenal dengan jolokan Pak Long Mail oleh warganet.

Menariknya, Suhaimi juga menunjukkan proses lukisan mural yang dibuat itu.

Lukisan mural Suhaimi ini boleh dilihat di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam, Selangor di belakang Restoran Isa Maju.

Iklan

SinarPlus percaya lokasi tersebut pastinya bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Rata-rata warganet turut memuji usaha beliau melalui komen yang ditinggalkan dan menganggap bakal Suhaimi dalam bidang lukisan amat luar biasa.

Iklan

Tahniah Suhaimi atas usaha dan karya luar biasa ini!